Aksi Penentu Juara LHM 2021 Buat THT

Terengganu Hockey Team terus mengekalkan momentum untuk kemenangan ke-5 sewaktu membelasah Nurinsafi HT/Sports berkesudahan 6-1 dalam aksi ke-6 kempen Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 23 Mac 2021. Kredit Foto – https://www.facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

5 rekod kemenangan dan satu rekod tewas di tangan UniKL yang kini selaku pendahulu liga bagi 6 aksi perlawanan padat Liga Hoki Malaysia(LHM 2021) meletakkan Terengganu Hockey Team(THT) di tangga kedua liga. Berbekalkan status pasukan dengan jumlah jaringan gol terbanyak di antara pasukan sepanjang musim ini bakal memberi kelebihan buat THT untuk layak menjulang Piala LHM 2021 sekiranya jumlah kutipan mata liga terikat pada Khamis ini. Bertemu TNB untuk saingan terakhir perebutan kejuaraan liga musim ini seharus memihak kepada THT berdasarkan analisa keputusan perlawanan dan jumlah jaringan bagi kedua-dua pasukan ini.

Namun begitu keupayaan TNB tidak seharusnya dipandang mudah berdasarkan keputusan perlawanan terdahulu yang mampu mengikat 0-0 pasukan pilihan kejuaraan iaitu UniKL walaupun akhirnya tewas melalui penentuan pukulan penalti shootout. Begitu juga seterusnya berjaya mengikat Maybank yang juga di antara pencabar pilihan musim ini untuk berakhir dengan keputusan 1-1 pada aksi peringkat awal ini.





K. Rajan dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu Hockey Team bagi mengharungi kempen Liga Hoki Malaysia 2021. Kredit Foto – Facebook.com/MalaysianHockeyConfederation

“Keputusan perlawanan penentuan di antara UniKL bertemu Maybank menjadi penentu buat THT. Jika kedua-dua pasukan ini terikat seri, kita hanya perlu menang dengan TNB untuk menjadi juara liga. Itu sasaran kita.”, ujar ketua jurulatih THT K Rajan menjelang perlawanan penentuan yang akan berlangsung pada Khamis ini.

THT juga turut perlu mengharapkan tuah memihak sepenuhnya kepada Maybank bagi perlawanan bertemu pendahulu liga UniKL pada Khamis ini juga. Sama ada berkeputusan terikat seri atau Maybank mampu menambah mata untuk menamatkan saingan liga musim ini selaku naib juara secara tidak langsung membantu THT untuk muncul juara sekiranya THT juga turut meraih kemenangan memperkukuh kutipan mata liga selaku pendahulu.

Data Terengganu Hockey Team(THT)terkini sepanjang aksi kempen Liga Hoki Malaysia 2021 yang telah dikeluarkan pada 24 Mac 2021. Kredit – http://mhc.jsports.com.my/mhl/index.php?id=8

Terdahulu THT meletak sasaran untuk membawa pulang piala LHM 2021 sekaligus untuk memperbaiki rekod setelah menamatkan musim lalu di tangga ke-3 liga walaupun mara ke perlawanan terakhir bagi perebutan Piala TNB.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

november, 2024

01novalldayTerengganu 4x4 Rainforest Challenge 2024

15novalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Pertama

X