TLHT Menang Besar 13-00 Di Batu Buruk

Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) meraih kemenangan berturut untuk saingan minggu ke-2 setelah menewaskan Persatuan Hoki Pulau Pinang - Majlid Sukan Sekolah Pulau Pinang berkesudahan 13 tanpa balasan bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Aksi anak jati Terengganu; Auni Atikah binti Gahni(tengah) sewaktu membantu Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) meraih kemenangan berturut untuk saingan minggu ke-2 setelah menewaskan Persatuan Hoki Pulau Pinang – Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang berkesudahan 13 tanpa balasan bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) berjaya meraih kemenangan besar dalam perlawanan sulung di laman sendiri setelah menewaskan pasukan Persatuan Hoki Pulau Pinang – Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang(PSHA – MSSPP) berkeputusan 13 tanpa balasan dalam saingan Liga Hoki Wanita Malaysia 2019. Sebelum ini pasukan TLHT turut telah meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan selaku pasukan pelawat menewaskan pasukan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail(SSTMI) berkeputusan 5 tanpa balasan.

Bertempat di Stadium Hoki Batu Buruk, gol pertama perlawanan milik pasukan tuan rumah yang dihadiahkan oleh pemain kebangsaan penuh berpengalaman; Fatin Shafika bt Mahd Sukri pada minit ke-6 permainan. Sepanjang perlawanan Fatin Shafika telah meledakkan 4 jaringan gol iaitu 2 gol padang dan 2 gol pukulan sudut penalti yang berjaya diterjemahkan.





Pemain kebangsaan Malaysian Tigress; Wan Norfaiezah binti Md Saiuti(kiri) bergandingan bersama Auni Atikah binti Gahni(dua dari kiri) untuk jentera serangan TLHT bagi musim 2019 ini. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pemain kebangsaan Malaysian Tigress; Wan Norfaiezah binti Md Saiuti(kiri) bergandingan bersama Auni Atikah binti Gahni(dua dari kiri) untuk jentera serangan TLHT bagi musim 2019 ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Siti Noor Amarina bt Ruhani, Nur Syuhada bt Suhaimi, Tuan Nur Hidayah bt Tuan Ismail dan Nur Syafiqah bt Mohd Zain masing-masing berjaya mendapatkan gol untuk memastikan perlawanan ini dikuasai sepenuhnya oleh TLHT.

‘Flicker’ import dari India; Jaspreet Kaur turut beraksi cemerlang dalam perlawanan kedua bersama TLHT setelah menyempurnakan 4 gol pukulan sudut penalti. Rakan senegara yang bermain di posisi serangan; Man Meet Kaur telah menyumbang kutipan gol terakhir melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-60 permainan.

Bekas pemain kebangsaan dan juga bekas jurulatih skuad hoki wanita negara; Iman Gobinathan Abdullah berusia 41 tahun(13 Januari 1978) pertama kali menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) untuk saingan musim 2019 ini. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Bekas pemain kebangsaan dan juga bekas penolong jurulatih skuad hoki wanita negara; Iman Gobinathan Abdullah berusia 41 tahun(13 Januari 1978) pertama kali menggalas tugas sebagai ketua jurulatih Pasukan Hoki Wanita Terengganu(TLHT) untuk saingan musim 2019 ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Saya masih mencari keserasian terbaik di antara pemain tempatan dan import. Saya perlu pastikan jentera pukulan sudut penalti berfungsi dengan baik. Kerjasama setiap pemain di dalam padang amat penting. Jentera pukulan sudut penalti adalah faktor penting untuk menang atau tewas dalam sesuatu permainan.”; ujar Iman Gobinathan Abdullah selaku ketua jurulatih TLHT dan juga bekas penolong jurulatih skuad wanita kebangsaan. Jurulatih yang lebih mesra dikenali sebagai Gobi berasal dari Perak ini juga turut mengulas bahawa strategi perbezaan kutipan gol amat penting untuk kempen liga ini.

Pada perlawanan seterusnya, TLHT sekali lagi dijadualkan untuk menjadi pasukan tuan rumah bertemu PDRM Blue Warriors(Blue Warriors) pada 17 Januari 2018 ini. Untuk rekod, Blue Warriors telah mencatat 2 kemenangan dan 1 kekalahan untuk kempen musim ini yang telah bermula sejak 10 Januari 2019.

Keputusan Minggu Ke-2 Liga Hoki Wanita Malaysia 2018 – 14 Januari 2019

TERENGGANU LADIES HOCKEY TEAM vs PSHA – MSSPP 13-00
PDRM BLUE WARRIORS vs SSTMI 07-00
LIAONING INFINITE SPACE HC vs PKS UNITEN 02-00

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X