SUKMA 2018: Sukan Gugur Kembali Beraksi

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang telah berlansung pada 8 Februari lepas dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Kredit Foto - Bharian.com.my
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang telah berlansung pada 8 Februari lepas dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Kredit Foto – Bharian.com.my

Setelah digugurkan dari status sukan teras oleh Majlis Sukan Negara (MSN) pada Disember 2017 lalu kini ketiga-tiga sukan tersebut kembali dipertandingkan di dalam penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 nanti. Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia yang telah berlansung pada 8 Februari lepas dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akhirnya sebulat suara membuat keputusan untuk menyenaraikan kembali di dalam temasya sukan dwi-tahunan ini.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail turut mengulas keputusan tersebut diambil kira setelah rayuan yang dikemukakan oleh Majlis Sukan Negeri Perak untuk menyenaraikan kembali sukan sepak takraw, taekwondo dan angkat berat. Majlis Sukan Negeri Perak melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA Perak berbuat sedemikian setelah mengambil kira rayuan penggiat sukan berkenaan yang telah membuat persiapan awal di negeri itu.





Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia XIX Perak 2018 Kali Ke-4. Kredit Foto - Facebook.com/sukmaperak2018
Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia XIX Perak 2018 Kali Ke-4. Kredit Foto – Facebook.com/sukmaperak2018

MSN juga turut meletakkan beberapa syarat bagi ketiga-tiga sukan ini untuk kembali beraksi pada sebarang edisi penganjuran SUKMA di antaranya bagi sukan taekwondo, atlet yang tidak bernaung di bawah Persatuan Taekwondo Malaysia (TM) harus diberi peluang untuk mewakili diri ke SUKMA dan lain-lain kejohanan di peringkat tinggi dalam usaha melahirkan bakar baharu.

Manakala bagi angkat berat, semua atlet mahupun pegawai pasukan termasuk jurulatih sama ada di peringkat kelab, daerah, negeri dan kebangsaan tidak lagi mengulangi kegagalan ujian doping sama ada di kejohanan SUKMA mahupun sebarang kejohanan lain.

Sepak takraw pula perlu menyusun semula sebarang perincian program pembangunan jangka panjang dan menyusun semula organisasi bagi meningkatkan prestasi sukan itu seperti mana kata putus yang telah diberikan kepada Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini

Walaubagaimanapun Ahmad Shapawi turut bertegas bahawa status ketiga-tiga sukan berkenaan tetap tidak berubah seperti mana diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi dan Lembaga Pengurus MSN terdahulu. Status pengguguran dilakukan selepas kajian mendalam dilakukan berdasarkan prestasi semasa persatuan terbabit.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

november, 2024

01novalldayTerengganu 4x4 Rainforest Challenge 2024

15novalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Pertama

X