PIALA AGONG 2024: TERENGGANU MARA KE PENENTUAN SUKU AKHIR EDISI KE-40

Barisan pasukan ragbi Terengganu yang kini dalam misi memburu kejuaraan edisi ke-40 kejuaraan Piala Agong 2024. Kali terakhir Terengganu merangkul kejuaraan Piala Agong adalah pada edisi ke-37 di tahun 2019.

Terengganu kini berada di landasan terbaik untuk kembali merampas kejuaraan Piala Agong edisi ke-40 setelah menamatkan aksi terakhir peringkat kumpulan dengan menewaskan Perlis yang berkesudahan 29-26 di Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar.

Terdahulu, perlawanan yang berlangsung dalam situasi hujan lebat tanpa henti menyaksikan jatuhan try pertama berjaya ditebuk oleh Muhammad Danial Noor Hamidi seawal minit ke-13 permainan dan seterusnya tambahan dua mata melalui tendangan conversion disempurnakan oleh Mohamad Faris Pead untuk meletakkan Terengganu mendahului permainan dengan keputusan semasa 7-0.





Khairul Azhar Shaarani galas tanggungjawab selaku ketua jurulatih Terengganu bagi edisi ke-40 kejuaraan Piala Agong 2024.

Dominasi penguasaan padang oleh Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Khairul Azhar Shaarani memaksa tuan rumah berusaha keras untuk merampas bola sehinggakan terpaksa menghadiahkan 3 mata tendangan penalti kepada pasukan pelawat menambah jurang.

Menambah duka, Muhammad Danial Noor Hamidi sekali lagi menambah 5 mata untuk Terengganu melalui jatuhan try di minit ke-27.

Menghampiri minit-minit akhir separuh masa pertama permainan, Perlis berjaya mendapat jatuhan try pertama oleh pemain import pasukan tuan rumah Enesi Waqanisau meletakkan keputusan semasa 15-5 pada separuh masa pertama.

Pasukan ragbi Terengganu beraksi di dalam kumpulan B bersama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Perlis bagi kejuaraan Piala Agong 2024 edisi ke-40 ini.

Pada aksi separuh masa kedua, pertukaran taktikal pasukan tuan rumah di bawah kendalian Mohd Hafiz Zainon berjaya diterjemahkan dengan baik oleh pemain-pemainnya untuk memberi tekanan kepada pasukan pelawat untuk melakukan beberapa kesilapan mudah.

Perlis yang berjaya menambah 21 mata melalu 3 jatuhan try dan 3 tendangan conversion untuk separuh masa kedua ini masih tidak dapat untuk mendahului keputusan semasa perlawanan walaupun Terengganu hanya berjaya mendapat dua jatuhan try dan dua tendangan conversion untuk menamatkan 80 minit aksi perlawanan yang dinoktahkan oleh pengadil Nik Mohd Ramadhan Nik Abdullah berkeputusan 29-26 untuk memihak kepada Terengganu.

Seterusnya Terengganu dijadualkan untuk bertemu Angkatan Tentera Malaysia(ATM) bagi penentuan suku akhir Piala Agong 2024 edisi ke-40 di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus pada 12 Oktober nanti.

Terengganu sekali lagi berjaya melangkah ke penentuan suku akhir bagi kejuaraan Piala Agong edisi ke-40 setelah berjaya menafikan Perlis berkeputusan 29-26 bagi aksi terakhir peringkat kumpulan yang telah berlangsung di Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar pada 5 Oktober 2024.

Pada musim ini Terengganu di bawah kendalian ketua jurulatih Khairul Azhar Shaarani di mana merupakan penampilan pertama beliau bersama pasukan dari pantai timur ini.

Untuk rekod, pada musim lalu Terengganu terkandas pada penentuan suku akhir yang hanya berjurang 1 try oleh Polis Diraja Malaysia yang juga merupakan juara musim lalu.

Kali terakhir Terengganu merangkul kejuaraan Piala Agong adalah pada edisi ke-37 di tahun 2019 setelah menewaskan Sabah pada perlawanan penentuan akhir yang berkeputusan 25-24 ketika itu.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

october, 2024

07sepalldayKejuaraan Ragbi Piala Agong 2024

29sep(sep 29)12:00 am06oct(oct 6)12:00 amTour de Langkawi (LTDL) 2024

21octalldayKejohanan Tour Gateh D'Tranung 3.0 2024

24octalldayKejohanan Lawn Bowls Terbuka Triples Terengganu

24octalldayKejohanan Kuda Lasak Piala Sultan Mizan 2024

26octalldayRally Sprint X-One 2024

X