Kembali Ke Padang Demi Lagenda Terengganu

Bekas pemain bola sepak Terengganu akan beraksi dalam perlawanan amal bertemu bekas pemain Selangor pada 15 Ogos jam 0830 malam nanti bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Pemain-pemain bola sepak yang pernah beraksi dengan Terengganu kini bersatu dalam satu perlawanan amal dalam usaha untuk mencari sumbangan buat dua lagenda bola sepak skuad Penyu pada era 90-an, Rosli Ishak dan Mohd Fadali Jalil yang kini terlantar akibat penyakit dihidapinya.

Pasukan bekas pemain Terengganu yang dibawah naungan Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Terengganu (PBPBT) yang dibarisi oleh mantan kapten negara, Rosdi Talib di samping Subri Sulong, Hairuddin Omar, Mohd Ashari Samsudin, Badrulhisham Abdullah, Anuar Jusoh, Norhisham Hassan, Mazuki Yusof, Nor Farhan Muhamad, Zairo Anuar Zailani, Othman Mat Khiar dan penjaga gol, Mohd Syamsuri Mustafa akan bergasak menentang Ex Selangor pada 15 Ogos jam 0830 malam nanti bertempat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.





Penyerang Selangor, Zainal Abidin Hassan cuba melepasi dua kekangan pemain Terengganu, Ahmad Paijan(kiri) dan Rosli Ishak(kanan), dalam kempen piala Malaysia 1990. Perlawanan yang diadakan di Stadium Merdeka ini berkesudahan seri 2-2. Kredit Foto – Facebook.com/bsterengganu

Pasukan Ex Selangor hadir selaku pasukan pelawat juga mempertaruhkan bekas pemain kebangsaan yang akan mewakili Selangor termasuk penyerang Azman Adnan, Malek Rahman, Nizaruddin Yusof, Tengku Hazman Raja Hassan, Azrul Amri Burhan, Hardi Jaafar, Shahrin Majid, Nazrulerwan Makmor, Ivan Yusof, Talib Sulaiman dan penjaga gol Azizon Kadir.

Terengganu menjadi venue perlawanan amal kedua buat Ex Selangor di mana pada 7 Ogos yang lalu telah bertemu pasukan KDEB di padang Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya.

Surat daripada Persatuan Bekas Pemain Bolasepak Negeri Terengganu kepada Datuk Bandar Kuala Terengganu bagi memohon penggunaan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah bagi perlawanan amal bola sepak menentang bekas pemain Selangor pada 15 Ogos 2020.

Walaupun perlawanan akan berlangsung tanpa penonton berikutan pandemik COVID-19 yang masih belum berkesudahan, para penyokong dan peminat setia digalakkan untuk hadir menyumbang ke dalam tabung berkenaan yang akan diletakkan di luar stadium tempat duduk berbumbung seperti mana dijelaskan oleh Presiden PBPBT Mat Sedek Wahab kepada pemberita.

Semoga perlawanan ini dapat mengutip dana untuk meringankan beban lagenda-lagenda bola sepak di mana Mohd Fadali Jalil yang kini berusia 53 tahun mengalami masalah saraf dan jangkitan kuman berikuta penyakit kencing manis manakala Rosli Ishak yang berusia 59 diserang penyakit strok.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

july, 2024

12julalldayKejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan (National 7s 2024)

26julalldayPIALA YANG DI PERTUAN MUDA TERENGGANU

26julalldayOlimpik Paris 2024

X