Kelompok 10 Pasukan Terbaik Untuk East Coast Rallying

Sokongan padu kru pasukan East Coast Rallying memberi penanda aras terbaik buat pasukan yang berpangkalan di Kuala Terengganu, Terengganu untuk terus mewarnai sukan permotoran tanah air. R&R Sports Speed Garage yang beroperasi di Kajang, Selangor merupakan rakan teknikal sewaktu pelumbaan Rally Sprint X-One berlangsung selama dua hari bermula pada 9 Disember sehingga 10 Disember 2023 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Pasukan permotoran rali yang berpangkalan di Kuala Terengganu; East Coast Rallying berjaya menempatkan mereka dalam kelompok 10 pasukan terbaik keseluruhan bagi kategori P10 perlumbaan Rally Sprint X-One yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 9 Disember sehingga 10 Disember 2023 lalu bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang, Selangor sekaligus melabuhkan tirai kalendar perlumbaan buat pasukan bagi musim ini.

Jentera Honda Jazz GE yang dipacu oleh oleh anak jati Kuala Terengganu Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki bersama bersama jurupandu arah Amir Izham dari Kota Bharu, Kelantan Darul Naim berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa keseluruhan 37 minit 42 saat setelah mengharungi 3 perlumbaan(Leg) litar berturap meliputi 9 peringkat cabaran(SS) bagi jarak keseluruhan sejauh 24.43km.





East Coast Rallying berjaya menamatkan tempat ke 11 pada hari pertama perlumbaan Rally Sprint X-One 2023 dengan catatan masa 6 minit 52 saat berikutan masalah teknikal jentera Honda Jazz GE. Kredit – https://fsjfrenz.com/xone/rallysprintdec23.php?type=P10L1A
East Coast Rallying berjaya memperbaiki tangga kedudukan di hari kedua perlumbaan bagi saingan ‘Leg 1 B’ dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke 4 pada hari kedua perlumbaan Rally Sprint X-One 2023 dengan catatan masa 18 minit 10 saat berikutan masalah teknikal jentera Honda Jazz GE. Kredit – https://fsjfrenz.com/xone/rallysprintdec23.php?type=P10L1A
Perlumbaan yang lebih mencabar pada saingan akhir perlumbaan ‘Leg 2’ memaksa East Coast Rallying untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 dengan catatan masa 12 minit 40 saat sekaligus menamatkan perlumbaan selama dua hari di tempat ke-10 keseluruhan bagi kategori P10 Rally Sprint X-One 2023. Kredit – https://fsjfrenz.com/xone/rallysprintdec23.php?type=P10L1A
Keputusan penuh melibatkan ke semua 8 kategori yang dipertandingkan melibatkan 30 buah jentera rali bagi perlumbaan Rally Sprint X-One 2023 selama dua hari bermula pada 9 Disember sehingga 10 Disember 2023 lalu bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang, Selangor. Kredit – https://fsjfrenz.com/xone/rallysprintdec23.php?type=P10L1A
Pasukan rali tunggal yang berpangkalan dari Kuala Terengganu; East Coast Rallying mendapat sokongan talaan jentera perlumbaan oleh R&R Sports Speed Garage selaku rakan teknikal.

KEPUTUSAN PENUH RALLY SPRINT X-ONE 2023 *KATEGORI P10 SAHAJA


#PASUKANJENTERACATATAN MASA KESELURUHAN
1ESTRADA MOTORSPORT HONDA EG0:31:30
2RACE RALLY KL X PISTON PROJECTSUZUKI SWIFT SPORT ZC32S 0:31:57
3JR SPEED SUCIMUCI RACING TEAMPROTON SATRIA0:32:34
4GENG KAMPONG RACERPROTON SATRIA0:32:34
5GENG KAMPONG RACERHONDA CRZ0:33:02
6SALADIN RALLYINGPROTON SATRIA NEO0:33:55
7PITSTOP TV RALLY TEAM PROTON SAGA0:34:22
8TWIN SPEED RALLYPROTON SATRIA0:35:15
9SAM AUTOTUNED RACING TEAMPROTON SAGA0:36:54
10 EASTCOAST RALLYINGHONDA JAZZ GE0:37:42
11PISTON PROJECT X RACE RALLY KLHONDA FIT GK51:12:27
12SIR 2 MOTORSPORTPROTON SAGA1:38:03

 

Keputusan yang lebih baik untuk menamatkan perlumbaan dalam kelompok 5 terbaik sudah pasti dapat dilakarkan oleh East Coast Rallying sekiranya tidak ditimpa oleh permasalahan teknikal seawal perlumbaan pertama yang diadakan pada waktu malam dalam cuaca hujan renyai.

Pada babak hari kedua perlumbaan, East Coast Rallying membuktikan pasukan ini mampu memberi cabaran pada jentera-jentera pesaing yang lebih padu pada saingan LEG 1B dengan catatan masa 18 minit 10 saat meletakkan jurang 3 saat di belakang pasukan JR Speed Sucimuci Racing Team yang berada di tempat ketiga. Manakala ditempat pertama dengan catatan masa 17 minit 16 saat ditamatkan oleh pasukan Estrada Motorsports dan ditempat kedua oleh Race Rally KL X Piston Project dengan catatan masa 17 minit 36 saat.

Pasukan permotoran jentera rali yang berpangkalan di Kuala Terengganu; East Coast Rallying menerima sokongan padu untuk turut sama memberi saingan pelumbaan Rally Sprint X-One berlangsung selama dua hari bermula pada 9 Disember sehingga 10 Disember 2023 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang, Selangor Darul Ehsan.

Pada saingan terakhir perlumbaan LEG 2 yang lebih mencabar mempertaruhkan dua peringkat cabaran(SS), East Coast Rallying menamatkan perlumbaan di tempat ke-7 dengan catatan masa 12 minit 40 saat sekaligus berjaya menafikan pasukan Pitstop TV Rally Team di tempat ke-8, Saladin Rallying di tempat ke-9, Twin Speed Rally di tempat ke-10, SIR 2 Motorsports di tempat ke-11 dan SAM Autotuned Racing Team di tempat ke-12 sekaligus melabuhkan tirai perlumbaan Rally Sprint X-One edisi kedua penganjuran ini.

Pelumba sukan pemotoran rali kelahiran Kuala Terengganu; Muhammad Syakirin Razaki(kiri) bersama jurupandu arah Amir Izham bersama jentera Honda Jazz GE menjadi taruahan pasukan East Coast Rallying bagi kategori P10 perlumbaan Rally Sprint X-One yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 9 Disember sehingga 10 Disember 2023 lalu bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang, Selangor sekaligus melabuhkan tirai kalendar perlumbaan buat pasukan bagi musim ini.

“Menamatkan perlumbaan dalam kelompok 10 terbaik bersama pasukan-pasukan rali ternama yang lebih berpengalaman besar di pentas antarabangsa adalah satu keputusan yang terbaik buat kami untuk menamatkan kalendar perlumbaan kami bagi tahun 2023 ini. Sesungguhnya, berjaya menamatkan sesuatu perlumbaan tanpa mengambil kira kedudukan podium di dalam sukan permotoran lasak ini adalah lebih berprestij dari gagal menghabiskan sesuatu perlumbaan disebabkan oleh pelbagai musibah yang menimpa pasukan.

“Tidak dinafikan masalah teknikal yang dihadapi seawal perlumbaan pertama merencatkan catatan masa kami secara keseluruhan namun kami mampu untuk membuktikan catatan masa yang lebih baik pada hari kedua perlumbaan sekaligus membalas kepercayaan yang telah diberikan oleh R&R Sports Speed Garage selaku rakan teknikal kami. Begitu juga pada rakan-rakan penaja yang memberi kepercayaan buat pasukan kerdil ini untuk mewarnai sukan permotoran rali tanah air.

“Seterusnya bagi musim 2024, kami menjangkakan untuk lebih kompetitif mewarnai kalendar sukan permotoran rali ini sebelum menyertai kejuaraan rali antarabangsa yang dijadualkan untuk berlangsung di dalam negara.” ujar Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki yang telah berkecimpung dalam perlumbaan rali sejak 2017 dan pernah dinobatkan juara pada tahun 2013 selaku juara keseluruhan Kejuaraan Rali Malaysia (Kategori Junior) 2012 bersama Azmeer Yusri Yusof.

Manakala buat jurupandu arah Amir Izham menyifatkan perlumbaan ini memberi satu pengalaman yang amat bermakna buatnya setelah kali terakhir beraksi dalam perlumbaan yang kompetitif adalah pada 5 tahun yang lalu di Kejuaraan Rali Terengganu 2018 di Lembah Bidong, Setiu, Terengganu.

Dari kiri – Pelumba pasukan East Coast Rallying Ir. Ts. Muhammad Syakirin Razaki, Pengarah Urusan Arr Tech Sdn. Bhd. Ahmad Rudzaidi Ramadan dan pemandu arah East Coast Ralling Amir Izham bersama jentera Honda Jazz GE setelah menamatkan perlumbaan Rally Sprint X-One berlangsung selama dua hari bermula pada 9 Disember sehingga 10 Disember 2023 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang(MAEPS), Serdang, Selangor Darul Ehsan.

“Setelah sekian lama tidak berlumba, setiap ruang dan peluang seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin buat saya mahupun setiap pelumba rali tanah air untuk menyertai mana-mana perlumbaan yang dianjurkan walaupun perlumbaan di atas jalan berturap sepenuhnya seperti mana yang turut dipertandingkan di luar negara.

“Secara teknikal untuk beraksi di atas litar berturap atau sebaliknya ianya tidak memberi jurang perbezaan yang besar buat saya selaku pemandu arah namun setiap pengalaman yang dikutip memberikan satu penanda aras baharu buat saya dalam sukan permotoran ini untuk terus memberi saingan.

“Pada tahun hadapan dikhabarkan beberapa perlumbaan rali bertaraf antarabangsa akan diadakan di dalam negara oleh itu penyertaan beberapa perlumbaan di peringkat domestik seperti hari ini menjadi platform pemanas badan yang baik buat kami selaku pelumba.” berkata Amir Izham yang berpuas hati dengan pencapaian pasukan East Coast Rallying untuk berada dalam kelompok 10 terbaik perlumbaan Rally Sprint X-One ini.

Untuk rekod, jurupandu arah East Coast Rallying Amir Izham yang juga merupakan jurulatih sukan selam skuba bertauliah PADI turut pernah dinobatkan juara keseluruhan Kejuaraan Rali Malaysia (Kategori Junior) 2012 bersama pelumba Dinie Nazmi Abd Rahman.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X