KEJUTAN BERGANDA MELABUHKAN TIRAI LIGA RAGBI TERENGGANU 2025

SESMA OB muncul juara Liga Ragbi Terengganu 2025 setelah menafikan Marang Rugby berkeputusan 24-14 pada perlawanan terakhir setiap pasukan dalam format ’round robin’ di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail, Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 20 Jun 2025. Kredit Foto – Persatuan Ragbi Negeri Terengganu

Kejuaraan Liga Ragbi Terengganu 2025 yang telah berlangsung selama 5 minggu bermula pada Mei lalu akhirnya melabuhkan tirai dengan penuh kejutan di Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail untuk menyaksikan finalis edisi lalu SESMA OB dinobatkan selaku juara musim ini setelah menafikan Marang Rugby 24-14.

Terdahulu pasukan bekas pelajar SM Sains Mahmud(SESMA OB) ini turun untuk menamatkan kempen musim ini dengan misi mempertahankan tangga kedua kedudukan liga begitu juga Marang Rugby hadir selaku pasukan pilihan musim ini untuk perebutan tangga kedua liga dari tangga ke-3.





Percaturan taktikal oleh Mohd Nazri Mohd Ramli selaku ketua jurulatih SESMA OB musim ini berjaya memanfaatkan pengalaman besar bekas kapten pasukan kebangsaan Mohamad Nasharuddin Ismail untuk mendominasi kutipan mata perlawanan akhir ini melalui 4 tendangan penalti dan 1 tendangan conversion sekaligus mencipta jurang untuk menafikan Marang Rugby sehingga tamat permainan.

Kemenangan ini juga sekaligus mencipta kejutan berganda buat penganjuran edisi kali ini di mana berjaya merampas kejuaraan daripada Kemaman Rugby selaku pendahulu liga untuk berkongsi mata namun jurang perbezaan jumlah jaringan sepanjang kempen musim ini menjadi kelebihan buat SESMA OB untuk dinobatkan selaku juara.

Menambah duka buat Marang Rugby yang terpaksa mengakhir kempen musim ini dari tangga ke-3 semasa kedudukan untuk turun 1 tangga setelah dirampas oleh Universiti Malaysia Terengganu(UMT) setelah menewaskan Royal Malaysia Police Terengganu(RMP Terengganu) pada perlawanan akhir liga yang berkesudahan 36-07.

Kredit juga seharusnya diberikan kepada pasukan RMP Terengganu yang mempertaruhkan muka-muka baru dari kalangan anggota polis yang berkhidmat di dalam negeri ini di mana mempamerkan mutu permainan yang kian meningkat sekaligus menjadikan pentas terbaik penganjuran liga musim ini bagi persiapan pasukan ke saingan Piala Ketua Polis Negara pada tahun hadapan.

Menambah menarik bagi aksi kempen musim ini juga diberi penghormatan untuk disampaikan hadiah berupa piala iringan kepada penjaring terbanyak yang diraih oleh Mohamad Nasharuddin Ismail dari pasukan SESMA OB juga rakan sepasukan Muhammad Haikal Ibrahim turut dinobatkan selaku pemain ‘Backline Terbaik’. Manakala wakil dari pasukan Kemaman Rugby selaku naib juara musim ini, Mohd Harith Asyraff Rosid diumumkan sebagai pemain ‘Forward Terbaik’ untuk edisi penganjuran kali ini.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan sendiri oleh presiden Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) Amir Amri Mohammad yang turut hadir ke Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail untuk menyaksikan perlawanan terakhir bagi setiap pasukan bertanding.

SUKAN ASIA TENGGARA 2025 KE-33
SEA GAMES THAILAND 2025
9 DISEMBER 2025

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

june, 2025

29mayalldayPELAYARAN: T-SAIL CUP 2025 SIRI 2

29mayalldayKEJOHANAN BERBASIKAL LEBUH RAYA KEBANGSAAN 2025

31mayalldayRTES-LEGENDARY ENDURANCE CHALLENGE 2025

02junalldayKEJOHANAN BERBASIKAL PARA LEBUH RAYA KEBANGSAAN 2025

02junalldayKEJOHANAN BERBASIKAL PARA LEBUH RAYA KEBANGSAAN 2025

10junalldayKEM LATIHAN PUSAT FASA KEDUA SUKAN SEA 2025(PEMILIHAN)

14junalldayJCM Basikal Trek Siri 2/2025

19junalldayPELAYARAN: 4th LANGKAWI YOUTH SAILING CHAMPIONSHIP 2025

26junalldayLiga Varsity Sepak Takraw 2025 Siri 2

27junalldayVARSITY TRACK & FIELD 2025

X