Pelajar 16 Tahun Pelayar Terbaik Liga Layar TSDL 2019 Siri 3

Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi berusia 16 tahun dinobatkan sebagai 'Pelayar Terbaik Kejohanan' bagi Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019 yang telah berlansung pada 28 sehingga 3 Mac 2019 bertempat di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi berusia 16 tahun dinobatkan sebagai ‘Pelayar Terbaik Kejohanan’ bagi Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019 yang telah berlansung pada 28 sehingga 3 Mac 2019 bertempat di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019 yang baru melabuhkan tirai mencipta sensasi kejohanan setelah adik cilik berusia 16 tahun dinobatkan sebagai Pelayar Terbaik Kejohanan. Pelajar tingkatan empat SMK Bukit Tunggal, Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi berjaya mengungguli 4 kategori yang disertai untuk meraih ke semua pingat emas. Kejayaan ini juga turut telah menafikan beberapa pelayar senior yang turut bertanding di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu yang telah bermula sejak 28 sehingga 3 Mac 2019.

Kejayaan ini juga sudah pasti akan terus membakar semangat dalam diri adik cilik ini untuk terus menempa nama di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Untuk rekod pada 2017 dalam satu kejohanan di Vietnam, Muhammad Faizzudin turut berjaya memberi kejutan setelah meraih 3 pingat emas dalam kategori Optimist. Pada Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018, walaupun sekadar berjaya meraih pingat perak dalam acara Optimist berpasukan namun pelayar muda ini masih mempunyai pelayaran yang cerah untuk terus memperbaiki rekod pencapaian.





Mula menceburi sukan pelayaran sejak berusia 6 tahun, sudah pasti suatu hari nanti mampu untuk mencipta nama di peringkat yang lebih tinggi sekaligus menjadi pelayar profesional. Disiplin yang tinggi dan sentiasa menghormati barisan jurulatih serta rakan-rakan sepelayaran menjadi kunci kepada adik yang berasal dari Kampung Pulau Ketam, Kuala Terengganu ini.

Muhammad Faizzudin yang turut menanam cita-cita untuk mewakili Malaysia ke pentas Olimpik juga pernah melalui saat getir suatu ketika dahulu di mana hampir lemas setelah bot yang dikemudi dibadai ribut sewaktu sesi latihan. Namun berkat tunjuk ajar daripada jurulatih-jurulatih berpengalaman menjadi azimat untuk beliau mengawal situasi sekaligus menjadi lebih cekal. Menjadikan atlet perahu layar negara, Khairulnizam Mohd Affendy sebagai idola dan penanda aras pencapaian sekaligus segala usaha penat lelah dan cabaran getir dijadikan pembakar semangat untuk adik Muhammad Faizzudin ini.

Jurulatih perahu layar negeri Terengganu; Hamdan bin Mohd Rozi(kiri) bersama Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Ahmad Syahrizal bin Yahaya(kanan) menyampaikan piala pusingan Pelayar Terbaik Kejohanan kepada Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Jurulatih perahu layar negeri Terengganu; Hamdan bin Mohd Rozi(kiri) bersama Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu; Ahmad Syahrizal bin Yahaya(kanan) menyampaikan piala pusingan Pelayar Terbaik Kejohanan kepada Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Pertama ingin saya ucapakan terima kasih yang tidak terhingga kepada jurulatih-jurulatih yang telah mendidik saya sejak sekian lama. Saya bebetul teruja diumumkan sebagai Pelayar Terbaik Kejohanan ini liga ini. Satu kepercayaan yang amat besar bagi saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi dorongan tanpa mengira masa dan kemampuan. Tiada apa yang mampu saya berikan kepada mereka(ibu bapa) selain dari kejayaan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan sepasukan walaupun kami bersaing untuk merebut kemenangan namun kerana mereka juga saya di sini. Saya gembira bersama mereka semua seperti satu keluarga yang besar.”; ujar Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi yang ditemui sejurus tamat kejohanan.

Seterusnya Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP siri keempat dijadualkan bakal berlansung pada 4 sehingga 7 April 2019 nanti. Setiap kejohanan menawarkan sistem kutipan mata untuk menentukan tangga kedudukan para atlet dilihat satu platform terbaik yang secara tidak lansung menjadi serampang dua mata bagi program pembangunan sukan di negeri ini.

Liga layar ini mempertandingan kategori bagi semua kelas bot di mana terbuka kepada semua atlet Program Pembangunan Sukan Negeri Terengganu termasuk peserta yang telah menyertai program My Try Layar baru-baru ini. Sebanyak 10 siri Liga Layar TSDL 2019 dijadualkan untuk berlansung bertempat di beberapa venue pertandingan sekitar negeri Terengganu ini.

Program 'My Try Layar de Tasik' anjuran Persatuan Pelayaran dan Luncur Layar Negeri Terengganu adalah satu program pengenalan sukan pelayaran khususnya kepada penduduk sekitar negeri Terengganu yang berlansung pada 21 Disember sehingga 26 Disember 2018. Program ini juga menjadi sebahagian dari plan program pembangunan sukan untuk mencungkil bakat-bakat muda. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Program ‘My Try Layar de Tasik’ anjuran Persatuan Pelayaran dan Luncur Layar Negeri Terengganu adalah satu program pengenalan sukan pelayaran khususnya kepada penduduk sekitar negeri Terengganu yang berlansung pada 21 Disember sehingga 26 Disember 2018 yang lalu. Program ini juga menjadi sebahagian dari plan program pembangunan sukan untuk mencungkil bakat-bakat muda. Kredit Foto – PenyuSukan.com

KEPUTUSAN LIGA LAYAR TSDL 2019 SIRI 3
*Keputusan melibatkan Muhammad Faizzudin bin Mohd Fauzi sahaja

INTERNATIONAL 420 OVERALL – PINGAT EMAS
HELMSMAN – MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MOHD FAUZI
CREW – MUHAMMAD SOLIHIM BIN ABDULLAH

INTERNATIONAL 420 MEN – PINGAT EMAS
HELMSMAN – MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MOHD FAUZI
CREW – MUHAMMAD SOLIHIM BIN ABDULLAH

LASER 4.7 OPEN – PINGAT EMAS
MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MOHD FAUZI

LASER 4.7 BOY – PINGAT EMAS
MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MOHD FAUZI

Keputusan penuh Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019 sila muat turun di – http://penyusukan.com/download/Pelayaran/PenyuSukandotocom-Keputusan_Penuh_LigaLayar_TerengganuSailingDevelopmentLeague_2018Siri3.pdf

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

may, 2024

02mayalldaySEA 7's Singapore 2024

22mayalldayKejohanan Lawn Bowls Terbuka Fours Terengganu

24may5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSTMI THUNDERBOLTS

26may5:00 pm2:42 pmLIGA HOKI REMAJA MALAYSIA 2024: SMIDIN-MSNT vs SSBJ JUNIOR

X