Monsun Ombak Challenge 2024 Kekal Tiada Yuran Penyertaan


Cabaran perlumbaan kayak ‘membelah’ deruan ombak sewaktu monsun timur laut atau musim tengkujuh di perairan Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang bakal kembali menjadi perhatian bagi edisi penganjuran kali ke-6 yang dijadualkan berlangsung poada 29 Februari sehingga 2 Mac 2024 nanti.

Meneruskan prestij penganjuran yang turut menawarkan hadiah kemenangan berupa wang tunai seperti mana edisi lalu, tiada sebarang yuran penyertaan dikenakan kepada setiap peserta malah peralatan perlumbaan juga turut disediakan oleh Persatuan Kanu Negeri Terengganu selaku penganjur.





Presiden Persatuan Kanu Negeri Terengganu Dzulkafli Abas juga merupakan pengarah teknikal Ombak Challenge.

“Tidak dinafikan tiada sebarang yuran penyertaan yang dikenakan sejak edisi pertama penganjuran sehingga kini menjadi kekuatan penganjuran malah setiap peserta yang hadir tidak perlu membawa sebarang kelengkapan peralatan perlumbaan di mana segala-galanya disediakan oleh kami sebagai penganjur.” ujar Presiden Persatuan Kanu Negeri Terengganu Dzulkafli Abas juga merupakan pengarah teknikal perlumbaan Monsun Ombak Challenge sejak edisi pertama penganjuran pada 2015.

Perlumbaan bagi edisi ke-6 penganjuran ini mempertaruhkan Kayak jenis ‘Sit On Top Racing (SOTR) yang pertama kali diperkenalkan sepanjang edisi penganjuran di mana pada edisi lalu kayak jenis ‘dancer classic perception’ menjadi taruhan jentera perlumbaan untuk jarak perlumbaan sejauh 200 meter.

Barisan pemenang-pemenang Ombak Challenge edisi ke-5 penganjuran yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.
Atlet pembangunan Sukan Malaysia(SUKMA) Nor Aireen Sofia Mohd Hafiz merupakan di antara peserta wanita yang turut berentap dalam Ombak Challenge edisi ke-5 pada 24 Disember 2022 di pantai Taman Rekreasi Pulau Kekabu, Marang.

Sebanyak 6 kategori yang dipertandingkan di mana dua kategori tertutup Terengganu dan selebihnya adalah kategori terbuka kepada semua peserta sama ada dari dalam negara mahupun antarabangsa.

Sebarang pertanyaan mahupun urusan pendaftaran boleh dihubungi pihak urusetia di talian:

013 950 6077 – Hakimi

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 Februari 2024.

KEJOHANAN KUDA LASAK PIALA SULTAN MIZAN 2024
24 OKTOBER 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

december, 2024

14decalldayINTERNATIONAL GOLDEN MONSOON RIDE 2024

20decalldayRTES ENDURANCE RIDE

27decalldayMalaysia Iconic Rally Championship 2024 - Pusingan Kedua

X