Ambang Tahun Baru Terengganu Drag Challenge Bersama MB

Litar Lumba Permotoran Terengganu sekali lagi digegarkan dengan acara Terengganu Drag Challenge menjelang sambutan tahun baru 2018. Kredit Foto – Facebook.com/dragholics

Sambutan tahun baru di kalangan lebih 8000 peminat sukan permotoran di negeri ini berlansung meriah dengan penganjuran perlumbaan Terengganu Drag Challenge yang telah berlansung di Litar Lumba Permotoran Terengganu. Perlumbaan ini cukup meriah apabila mampu menarik 400 penyertaan pelumba motosikal dan 250 pelumba kereta yang terdiri dari pelumba tempatan dan luar negara.

Penganjuran perlumbaan yang bermula pada jam 9 malam berakhir jam 2 pagi turut menerima kunjungan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman yang hadir untuk memberikan hadiah kemenangan kepada pelumba. Turut hadir adalah Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Terengganu, Datuk Rozi Mamat.





Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman(berkaca mata) bersama para pemenang Terengganu Drag Challenge. Kredit Foto – Facebook.com/cgrazif/

“Alhamdulillah, usaha ini mendapat sambutan sangat baik, malah penyertaannya juga mencakupi peserta luar negara, termasuk Thailand,” ujar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kepada pemberita.

Ahmad Razif turut mengulas bahawa penganjuran ini mampu mengekang masalah mat rempit di negeri ini yang sebelum ini gemar menjadikan jalan raya sebagai litar lumba haram khususnya di musim-musim tertentu seperti sambutan tahun baru ini. Malah dengan pembinaan litar ini dan penganjuran yang diadakan diharap kerajaan negeri dan Persatuan Permotoran Terengganu dapat menjadi mencungkil bakat anak muda negeri ini, sebagai pelumba motosikal dan kereta profesional.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersalaman dengan orang ramai yang hadir pada perasmian Terengganu Drag Challenge di Litar Lumba Permotoran Terengganu, Kuala Nerus. Kredit Foto – Rozainah Zakaria

Litar lumba seluas 2.4 hektar yang baru siap dibina terletak di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak ini adalah litar yang diiktiraf Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Litar ini turut dilengkapi dengan kemudahan litar perlumbaan sejauh 1.35 km, sprint test sejauh 0.95 km, trek ujian pecut dan gelanggang drift.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X