Seramai 512 pemain dari 32 pasukan bola baling negeri dan kelab telah berentap selama dua hari Kejohanan Bola Baling Terbuka Kebangsaan Terengganu 2019 bermula 5 sehingga 8 Disember 2019 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak untuk merebut kejuaraan Piala YB IR Saiful Azmi Suhaili. SSC Sarawak (Sarawak Sports Corporation) merupakan pasukan bola baling paling jauh yang hadir pada kali ini. Manakala kelab-kelab bola baling ternama seperti JJ Masterpiece, Jerantut Handball dan Harun Boys turut hadir memberi saingan sekaligus menjadi satu penanda aras terbaik kejohanan ini.
Tuan rumah juga turut telah menghantar dua pasukan bagi kategori lelaki dan wanita namun hanya sekadar mara ke pusingan suku akhir. Perak yang begitu cemerlang pada kejohanan ini setelah kedua dua pasukan dari kategori lelaki dan wanita merangkul kejuaraan untuk muncul juara. Pasukan bola baling wanita Perak hadir selaku pasukan pilihan berjaya menafikan SSC Sarawak manakala pasukan lelaki Perak pulak berjaya tewaskan JJ Masterpiece dalam perlawanan akhir.
Selain piala kejohanan dan medal, juara pasukan lelaki juga turut membawa pulang ganjaran wang tunai sebanyak RM1500 manakala bagi pasukan wanita sebanyak RM1000.
Rata-rata pasukan yang ditemui menzahirkan tanda terima kasih kepada Persatuan Bola Baling Negeri Terengganu melalui naungan YB Ir. Saiful Azmi b. Suhaili di atas penganjuran sebelum menutup kalendar 2019 ini.
KEPUTUSAN KEJOHANAN BOLA BALING TERBUKA KEBANGSAAN 2019
KEPUTUSAN LELAKI
JOHAN – Perak
NAIB JOHAN – JJ Masterpiece
KE-3 – Jerantut Handball
KEEMPAT – Harun Boys
KEPUTUSAN WANITA
JOHAN – Perak
NAIB JOHAN – SSC Sarawak
KE-3 – PSA-RGHC
KEEMPAT – Kelantan Masterpiece
PEMAIN TERBAIK WANITA
1.NURUL NAZIRAHTUL BINTI AYOB (JERSI NO 4) – Pasukan Perak
PEMAIN TERBAIK LELAKI
1.MUHAMMAD FAZRIN BIN JAMALUDDIN (JERSI NO 7) – Pasukan Perak