13 Sukan 84 Acara 1040 Pingat Warnai Sukan Terengganu SUTERA 2021

13 jenis sukan menjadi taruhan temasya Sukan Terengganu (SUTERA 2021) melibatkan 84 acara keseluruhan yang dipertandingkan bagi perebutan 1040 jumlah keseluruhan pingat menanti juara di podium.>

Setelah tertangguh edisi ke-2 temasya Sukan Negeri Terengganu(SUTERA 2021) yang sepatutnya dianjurkan pada tahun lalu berikutan pandemik COVID-19 yang menjadi isu kesihatan global, kini prestij penganjuran kembali membuka tirai bermula pada 24 Mei sehingga 28 Mei 2022 ini.

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) selaku pemegang taruh utama temasya ini mempertaruhkan penyertaan dua kategori atlet iaitu atlet berusia bawah umur 20 tahun yang terlibat dalam program pembangunan pelapis sukan negeri manakala kategori terbuka bakal disertai oleh atlet-atlet bertaraf elit mahupun atlet-atlet amatur lain.

1040 jumlah keseluruhan pingat menjadi taruhan bagi 13 jenis sukan yang melibatkan 84 acara keseluruhan menjadi taruhan temasya Sukan Terengganu(SUTERA 2021) yang berlangsung selamat 5 hari penganjuran bermula pada 24 Mei sehingga 28 Mei 2022.

Masih mengekalkan format bilangan jenis sukan yang dipertandingkan meliputi 7 sukan wajib dipertandingkan iaitu badminton, berbasikal, bola jaring, bola sepak, olahraya, pencak silat dan sepak takraw. Manakala 6 sukan pilihan bagi edisi ke-2 penganjuran ini adalah bola tampar, esports, lawn bowls, ping pong, tenis dan tenpin bowling. Sukan elektronik(Esport) merupakan jenis sukan yang membuat penampilan pertama mengantikan petanque yang menjadi taruhan pada edisi lalu.

Sebanyak 1040 jumlah keseluruhan pingat bakal menjadi rebutan bagi setiap pemenang yang menaiki podium di melibatkan taruhan 303 pingat emas, 303 pingat perak dan 434 pingat gangsa. Olahraga kekal menjadi jenis sukan yang mempertaruhkan kutipan pingat tertinggi iaitu 168 pingat menjadi taruhan dengan pecahan 56 pingat emas, 56 pingat perak dan 56 pingat gangsa untuk setiap pemenang bagi acara masing-masing.

Jadual pertandingan Sukan Terengganu (SUTERA 2021) yang bermula pada 24 Mei 2022 sehingga 28 Mei 2022.

Sukan elektronik, esports yang julung kali dipertandingkan menawarkan 27 kutipan pingat keseluruhan dengan 9 pingat emas, 9 pingat perak dan 9 pingat gangsa untuk perebutan podium bagi 3 acara esports yang menjadi taruhan.

Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 24 Mei ini pada jam 0830 malam bertempat di Dewan Perdana, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah Kuala Nerus begitu juga bagi majlis penutup di tempat yang sama pada 28 Mei 2022 jam 0830 malam.

SUTERA: Setiu & Kuala Nerus Ke Pentas Penutup Tirai Bola Sepak

Finalis Kejohanan Bola Sepak SUTERA 2019 – Setiu dan Kuala Nerus masing-masing menempa tiket ke pentas akhir penentuan juara melalui tendangan penalti setelah masing-masing terikat keputusan seri dengan pasukan lawan pada perlawanan separuh akhir.

Finalis Kejohanan Bola Sepak SUTERA 2019 di antara Setiu menentang Kuala Nerus masing-masing mencatatkan perjalanan penuh dramatik sebelum mara ke pusingan akhir penentuan juara.

Sebelum itu di peringkat separuh akhir, kedua-dua pasukan ini terikat seri dengan lawan masing-masing. Tuah penalti menjadi tiket bagi kedua-dua pasukan ini untuk mara ke pusingan penentuan kejuaraan sulung penganjuran Sukan Terengganu(SUTERA) ini.

Perlawanan akhir yang akan berlangsung di padang C Kompleks Sukan Gong Badak pada jam 0330 petang iaitu lebih awal dari dijadualkan sebelum ini.

SUTERA: Pusingan Separuh Akhir Bermula

Setelah 3 hari berentap, kini acara bola sepak memasuki pusingan separuh akhir menyaksikan pasukan Dungun menentang Setiu dan Kuala Nerus menentang Hulu Terengganu. Kedua-dua perlawanan ini akan berlangsung pada 8 September 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Kejohanan Bola Sepak SUTERA 2019 melangkah pusingan separuh akhir di mana pasukan Dungun dan Hulu Terengganu wakil dari Kumpulan A berjaya mara untuk berentap dengan wakil Kumpulan B iaitu Kuala Nerus dan Setiu.

Sebelum itu, Dungun telah menewaskan pasukan Kuala Terengganu berkesudahan 2-1. Nasib menyebelahi Hulu Terengganu walaupun tewas kepada Marang 4-0 namun pungutan masa peringkat kumpulan mengatasi lawan sekaligus layak untuk mara ke pusingan separuh akhir. Kuala Nerus mengikat Kemaman berkeputusan 0-0 layak untuk mara ke pusingan separuh akhir setelah catat kutipan mata kumpulan tertinggi. Begitu juga Setiu yang mengikat Besut berkeputusan 3-3.

Ke semua pertandingan separuh akhir akan berlangsung pada 8 September 2019(AHAD) seperti berikut:

SEPARUH AKHIR 1
DUNGUN vs SETIU

8 Sept 2019 | Ahad | 0400 Petang | Padang A

SEPARUH AKHIR 2
KUALA NERUS vs HULU TERENGGANU

8 Sept 2019 | Ahad | 0400 Petang | Padang B

SUTERA: Kuala Terengganu & Kuala Nerus Dominasi Kejohanan Badminton

Stadium Negeri, Kuala Terengganu menjadi venue rasmi kejohanan badminton semperna temasya Sukan Terengganu(SUTERA) 2019 yang berlangsung selama 3 hari iaitu 5 September sehingga 7 September 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus terus mendominasi kejohanan badminton Sukan Terengganu (SUTERA) 2019 di peringkat kumpulan dengan mengekalkan rekod tanpa kalah kejohanan untuk hari ke-2 bagi kedua-dua acara berpasukan lelaki dan wanita yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.

Pasukan lelaki Kuala Terengganu telah diundi dalam Kumpulan A manakala pasukan wanita Kuala Terengganu berentap dalam Kumpulan B. Manakala pasukan lelaki Kuala Nerus beraksi dalam kumpulan B dan pasukan wanita Kuala Nerus dalam kumpulan A.

Kedua-dua pasukan ini mencatatkan 5 kemenangan tanpa kalah peringkat kumpulan sehingga di hari kedua kejohanan. Situasi semasa kejohanan ini meramalkan kedua-dua pasukan ini menjadi pasukan pilihan untuk beraksi di peringkat akhir.

Mengikut rapat adalah pasukan Dungun dan Marang di mana kedua-dua pasukan ini mencatatkan 3 kemenangan dan 1 kekalahan peringkat kumpulan sehingga hari kedua ini. Kedua-dua pasukan ini dilihat mampu memberi cabaran saat akhir untuk mengecewakan pasukan pilihan mara ke pusingan akhir.

Baki perlawanan peringkat kumpulan seterusnya akan berlangsung pada keesokan harinya yang juga merupakan hari terakhir kejohanan. Perlawanan akhir bagi setiap acara dijadualkan berlangsung pada jam 0800 malam bertempat di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan perlawanan di mana tiada sebarang tiket dikenakan.

Badminton merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 mempertandingkan dua acara iaitu Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Wanita di mana melibatkan 3 atlet perseorangan dan 2 beregu bagi setiap pasukan. Kredit Foto – PenyuSukan.com

KEPUTUSAN PERLAWANAN
*Mengikut pasukan

HARI PERTAMA
KUALA TERENGGANU – Menang 2x Kalah 0x
KUALA TERENGGANU vs KEMAMAN (5-0)
KUALA TERENGGANU vs BESUT ( 5-0)

KUALA NERUS – Menang 2x Kalah 0x
KUALA NERUS vs SETIU (4-1)
KUALA NERUS vs HULU TERENGGANU ( 5-0)

DUNGUN – Menang 2x Kalah 0x
DUNGUN vs BESUT (3-2)
DUNGUN vs MARANG (1-4)

SETIU – Menang 1x Kalah 1x
SETIU vs KUALA NERUS (1-4)
SETIU vs KEMAMAN (3-2)

MARANG – Menang 1x Kalah 1x
MARANG vs HULU TERENGGANU (5-0)
MARANG vs DUNGUN (4-1)

HULU TERENGGANU – Menang 0x Kalah 2x
HULU TERENGGANU vs MARANG (0-5)
HULU TERENGGANU vs KUALA NERUS (0-5)

BESUT – Menang 0x Kalah 2x
BESUT vs DUNGUN (2-3)
BESUT vs KUALA TERENGGANU (0-5)

KEMAMAN – Menang 0x Kalah 2x
KEMAMAN vs KUALA TERENGGANU (0-5)
KEMAMAN vs SETIU (2-3)

HARI KEDUA
KUALA TERENGGANU – Menang 3x Kalah 0x
KUALA TERENGGANU vs MARANG (4-1)
KUALA TERENGGANU vs DUNGUN ( 5-0)
KUALA TERENGGANU vs HULU TERENGGANU (5-0)

KUALA NERUS – Menang 3x Kalah 0x
KUALA NERUS vs BESUT (5-0)
KUALA NERUS vs SETIU ( 5-0)
KUALA NERUS vs DUNGUN (3-2)

MARANG – Menang 2x Kalah 1x
MARANG vs KUALA TERENGGANU (1-4)
MARANG vs BESUT (5-0)
MARANG vs KEMAMAN (4-1)

DUNGUN – Menang 1x Kalah 2x
DUNGUN vs SETIU (5-0)
DUNGUN vs KUALA TERENGGANU (0-5)
DUNGUN vs KUALA NERUS (2-3)

HULU TERENGGANU – Menang 1x Kalah 2x
HULU TERENGGANU vs KEMAMAN (1-4)
HULU TERENGGANU vs KEMAMAN (3-2)
HULU TERENGGANU vs KUALA TERENGGANU (0-5)

BESUT – Menang 1x Kalah 2x
BESUT vs KUALA NERUS (0-5)
BESUT vs MARANG (0-5)
BESUT vs SETIU (3-2)

KEMAMAN – Menang 1x Kalah 2x
KEMAMAN vs HULU TERENGGANU (4-1)
KEMAMAN vs HULU TERENGGANU (2-3)
KEMAMAN vs MARANG (1-4)

SETIU – Menang 0x Kalah 3x
SETIU vs DUNGUN (0-5)
SETIU vs KUALA NERUS (0-5)
SETIU vs BESUT (2-3)

Jadual Pertandingan Sukan Negeri Terengganu (SUTERA)

Temasya Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) yang pertama kali akan dianjurkan ini mempertandingkan 13 acara sukan bagi empat hari penganjuran yang dijadualkan bermula pada 5-9 September 2019. Badminton, berbasikal, bola sepak, bola jaring, bola tampar, lawn bowls, olahraga, pencak silat, petanque, pingpong, sepak takraw, tenis dan tenpin bowling adalah sukan yang dipertandingkan menyaksikan penyertaan seramai 1545 atlet. Setiap sukan yang dipertandingkan ini adalah terdiri dari 7 sukan wajib manakala bakinya adalah sukan pilihan yang ditentukan oleh daerah-daerah yang telah dipersetujui.

Berikut adalah jadual pertandingan seperti mana yang dikeluarkan oleh pihak penganjur.

Jadual pertandingan temasya Sukan Negeri Terengganu(SUTERA) bagi 13 acara sukan yang berlangsung selama 5 hari penganjuran bermula pada 5 sehingga 9 September 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu
Badminton merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 mempertandingkan dua acara iaitu Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Wanita di mana melibatkan 3 atlet perseorangan dan 2 beregu bagi setiap pasukan. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu
Sukan berbasikal merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 mempertandingkan 14 acara melibatkan dua kategori jantina. Ujian masa perseorangan, kriterium, lepas beramai-ramai(perseorangan), lepas beramai-ramai (berpasukan), 200 M sprint, 1 kilometer(Kategori lelaki sahaja), 500 meter (Kategori wanita sahaja) dan basikal lasak (Cross country – MTB). Sukan berbasikal ini menawarkan 12 kutipan pingat emas bagi kategori lelaki dan 10 pingat emas bagi kategori wanita. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu
Sukan bola jaring merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 di mana mewajibkan penyertaan atlet adalah di bawah umur 20 tahun ke bawah bagi setiap kontijen. Menjadikan penganjuran ini sebagai sukan patuh syariah pertama di Malaysia maka setiap pemain hendaklah memakai Baju-T atau Jersi dengan ‘trackbottom’ serta WAJIB bertudung bagi yang beragama Islam (tanpa pin dan jarum). ‘Skirt’, seluar pendek dan ‘tight’ tidak dibenarkan. Hanya satu pingat emas ditawarkan untuk acara sukan bola jaring ini. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu
Sukan bola sepak merupakan di antara 13 disiplin sukan yang dipertandingkan dalam temasya Sukan Terengganu (Sutera) 2019 melibatkan 8 pasukan untuk dua kumpulan pertandingan. Sebanyak 18 perlawanan berlangsung untuk sepanjang 5 pertandingan bermula pada 5 September 2019 sehingga 9 September 2019.Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu

13 Acara Sukan 1545 Atlet Berentap SUTERA 2019

13 acara yang pertama kali dipertandingkan dalam temasya Sukan Negeri Terengganu(SUTERA) melibatkan 1545 atlet termasuk kontijen jemputan dari negeri Kelantan. Temasya yang berlangsung selama 4 hari penganjuran bermula pada 5 sehingga 9 September 2019. Kredit Foto – Facebook.com/MSNTerengganu

Temasya Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) yang pertama kali akan dianjurkan ini mempertandingkan 13 acara sukan bagi empat hari penganjuran yang dijadualkan bermula pada 5-9 September 2019. Badminton, berbasikal, bola sepak, bola jaring, bola tampar, lawn bowls, olahraga, pencak silat, petanque, pingpong, sepak takraw, tenis dan tenpin bowling adalah sukan yang dipertandingkan menyaksikan penyertaan seramai 1545 atlet. Setiap sukan yang dipertandingkan ini adalah terdiri dari 7 sukan wajib manakala bakinya adalah sukan pilihan yang ditentukan oleh daerah-daerah yang telah dipersetujui.

Penganjuran ini yang menyasarkan kontijen bagi setiap daerah di dalam negeri Terengganu turut menerima kontijen jemputan dari negeri Kelantan menjadikan penyertaan sebanyak 9 kontijen. Namun bagi sebarang kutipan pingat oleh kontijen jemputan ini tiada sebarang kiraan kejohanan ditetapkan oleh penganjuran. Sebagaimana syarat penyertaan SUTERA ini adalah hanya terbuka kepada rakyat negeri Terengganu sahaja atau yang bermastautin di negeri ini.

Setiap kontijen yang muncul juara juga turut ditawarkan hadiah wang tunai di mana juara pasukan keseluruhan akan membawa pulang wang berjumlah RM70,000 dan naib juara sebanyak RM45,000 manakala tempat ketiga sebanyak RM15,000. Manakala olahragawan dan olahragawati pula akan menerima RM1,000 hadiah kemenangan setiap seorang.

Penganjuran temasya ini juga secara tidak langsung mengembalikan fungsi-fungsi Majlis Sukan Daerah yang dilihat kian sepi.

Sukan Terengganu (Sutera) Pada September

PenyuSukandotcom - Sukan Terengganu SUTERA
PenyuSukandotcom - Sukan Terengganu SUTERA
Penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) melibatkan beberapa acara sukan seperti bola, hoki, sepak takraw, badminton, pingpong dan sebagainya.

Temasya Sukan Terengganu (Sutera) dijadualkan bakal berlangsung pada 5 September sehingga 9 September 2019 nanti melibatkan beberapa venue pertandingan sekitar negeri ini yang akan diputuskan nanti.

Penganjuran kali ini juga turut menerima suntikan dana RM 1 juta dari pihak Kerajaan Negeri Terengganu sebagai usaha menggalakkan golongan belia khususnya membudayakan aktiviti bersukan.

Penganjuran SUTERA yang diadakan secara dwi tahunan berselang seli dengan penganjuran Sukan Malaysia(SUKMA) melibatkan beberapa acara sukan seperti bola, hoki, sepak takraw, badminton, pingpong dan sebagainya.

Pemilihan atlet dalam setiap acara sukan akan bermula di peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sebelum layak ke peringkat Dewan Undangan Negeri(DUN) sebelum terpilih untuk mara ke peringkat daerah.

Menambah menarik penganjuran temasya sukan ini juga akan sepenuhnya mematuhi syariah yang pertama kali diadakan di mana turut bercadang menjemput negeri Kelantan dan Pahang sebagai kontijen jemputan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu - YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri Terengganu – YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah . Kredit Foto – Teganukita.net

“Untuk tahun ini, ia akan berlangsung pada 5 hingga 9 September dan merupakan pertandingan sukan dwi tahunan yang kita buat untuk Terengganu. Ini bermakna pada 2019 kita akan jayakan untuk SUTERA dan tahun 2020 bagi SUKMA. Begitulah seterusnya, ia akan bergilir. SUTERA 2019 juga akan menjadi sukan patuh syariah pertama yang diadakan dan kita akan berusaha untuk menjayakannya sebaik mungkin,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah sewaktu berucap menggulung perbahasan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu Ke-14, di Wisma Darul Iman.

X