Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin(UniSZA) terpilih menjadi tuan rumah bagi siri kedua Liga Varsity Sepak Takraw 2025 (VSL 2025) yang dijadualkan berlangsung pada 26-29 Jun 2025.
Liga sepak takraw ini diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) selaku pemegang taruh utama bagi penganjuran acara sukan yang dijenamakan sebagai Varsity.










