Tomislav Steinbrukner yang pernah mengalas tanggungjawab selaku Pengarah Teknikal Terengganu FC bermula pada Mac 2022 kini mengantikan Nafuzi Zain selaku ketua jurulatihn TFC bagi musim 2023 ini setelah menandatangani kontrak selama setahun yang akan berakhir pada 31 Disember 2023. Selain mengharungi kalendar Liga Malaysia, saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) pada tahun ini juga menjadi satu fokus penting buat jurulatih kelahiran Crotia yang memegang lesen kejurulatihan EUFA yang kini berusia 56 tahun. Untuk rekod, Steinbruckner juga pernah menjawat jawatan ketua jurulatih di Terengganu pada tahun 2015 sewaktu membimbing kelab T-Team. Kredit Foto – https://www.facebook.com/footballclubterengganu
Lain – lain artikel berkaitan – https://penyusukan.com/v1/tag/terengganu-football-club-tfc