november, 2022

19novalldayRagbi Piala Agong: Separuh Akhir

more

Event Details

Setelah dua tahun tertangguh berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sewaktu pandemik COVID-19 yang menjadi masalah global, kini kejohanan ragbi paling berprestij dalam negara kembali mewarnai kalendar kejuaraan ragbi di mana Kejohanan Piala Agong 2022 dijadualkan untuk membuka tirai pada 22 Oktober sehingga 27 November 2022.

Juara bertahan, Terengganu telah diundi di dalam kumpulan A bersama-sama dengan Melaka, Kedah dan Johor. Namun pada saat-saat akhir Kedah terpaksa menarik diri meletakkan hanya tiga pasukan di dalam kumpulan A ini.

Turut membuat kejutan adalah Sabah selaku naib juara edisi lalu tidak dapat mengesahkan penyertaan pada musim ini, namun begitu Sarawak kembali untuk mewarnai kejuaraan musim ini setelah penampilan kali terakhir adalah pada tahun 2017.

 

JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN AWAL
Melibatkan Terengganu sahaja

Minggu Pertama | 22 OKTOBER 2022 4 PETANG
Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail
TERENGGANU vs Johor

Minggu Kedua | 29 OKTOBER 2022 4 PETANG
Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail
TERENGGANU vs Kedah

Minggu Ke-3 | 5 NOVEMBER 2022 4 PETANG
Politeknik Merlimau, Melaka.
Melaka vs TERENGGANU

JADUAL PERLAWANAN PUSINGAN AKHIR
Minggu Ke-4 | 12 NOVEMBER 2022
Stadium Ragbi Pengakalan Udara Subang, Shah Alam
SUKU AKHIR 1(2 Petang) & SUKU AKHIR 2(4 Petang)

Minggu Ke-4 | 13 NOVEMBER 2022
Stadium Ragbi Pengakalan Udara Subang, Shah Alam
SUKU AKHIR 3(2 Petang) & SUKU AKHIR 4(4 Petang)

Minggu Ke-5 | 19 NOVEMBER 2022
Stadium Ragbi Pengakalan Udara Subang, Shah Alam
SEPARUH AKHIR 1(2 Petang) & SEPARUH AKHIR 2(4 Petang)

Minggu Ke-6 | 26 NOVEMBER 2022 4 PETANG
Stadium Ragbi Pengakalan Udara Subang, Shah Alam
PENENTUAN TEMPAT KE-3/GANGSA

Minggu Ke-6 | 27 NOVEMBER 2022 9 MALAM
Stadium Nasional Bukit Jalil, Kompleks Sukan Negara.

Time

All Day (Saturday)

Location

Stadium Ragbi Pengakalan Udara Subang

X