Terengganu Young Turtles: Skuad Elit Takraw SUKMA 2020

Majlis perasmian dan pelancaran pasukan Terengganu Young Turtles yang telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019. Kredit Foto - Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Majlis perasmian dan pelancaran pasukan Terengganu Young Turtles yang telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) giat mempersiapkan pasukan sepak takraw bertaraf elit untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) pada tahun 2020 nanti. Persiapan awal ini sememangnya menjadi sebahagian dari program pembangunan sukan yang dikelolakan oleh MSNT sejak sekian lama.

Majlis perasmian dan pelancaran pasukan sepak takraw Terengganu Young Turtles yang telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019. . Kredit - Facebook.com/Persatuan-Sepaktakraw-Negeri-Terengganu-975840209211272
Majlis perasmian dan pelancaran pasukan sepak takraw Terengganu Young Turtles yang telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019. . Kredit – Facebook.com/Persatuan-Sepaktakraw-Negeri-Terengganu-975840209211272

Skuad elit yang dijenamakan sebagai Terengganu Young Turtles dibarisi pemain seawal usia 17 tahun sehingga 20 tahun merupakan atlet sepenuh masa di bawah kendalian 3 jurulatih berpengalaman besar.





Dari kiri; Ketua jurulatih Terengganu Young Turtles Mohd Futra Abd Ghani, jurulatih Mohd Yusof Chik bersama peminat tegar sukan negeri Terengganu, Rohaizam Ramli. Kredit Foto - Facebook.com/rohaizam.ramli.3
Dari kiri; Ketua jurulatih Terengganu Young Turtles Mohd Futra Abd Ghani, jurulatih Mohd Yusof Chik bersama peminat sukan tegar negeri Terengganu, Rohaizam Ramli

Mohd Futra Abd Ghani dan Mohd Yusof Chik yang merupakan bekas regu emas negara dan juga jurulatih kelahiran Thailand, Vitaya Boontai merupakan jurulatih sepenuh masa yang dilantik untuk membentuk skuad ini. Malah penubuhan skuad ini juga tidak hanya meletakkan SUKMA 2020 sebagai hala tuju di mana jangka masa panjang untuk turut melahirkan pemain bertaraf kelas dunia yang mampu memikul tugas pasukan negara suatu hari nanti. Sekaligus mampu menjadikan sukan sepak takraw satu kerjaya sepenuh masa untuk setiap atlet yang telah mengorbakan masa mereka sejak dari awal.

“Kejohanan Terbuka Shah Alam nanti menjadi ujian pertama buat pasukan ini di mana kejohanan itu bakal disertai oleh pemain-pemain profesional. Itu yang kita mahukan sebagai pendedahan kepada regu Young Turtles ini. “; ujar Muhd Futra Abd. Ghani selaku ketua jurulatih Terengganu Young Turtles

Skuad muda ini menyasarkan penyertaan dalam sebarang kejohanan bertaraf 5 bintang peringkat senior sama ada di dalam negeri mahupun di luar negara demi memastikan skuad ini berjaya mencapai penanda aras yang ditetapkan. Perancangan rapi telah dibuat sejak awal di mana pasukan ini akan sentiasa berentap secara kompetitif sepanjang tahun. Lima pemain yang terpilih membarisi skuad Young Turtle ini ialah Ahmad Syazwan Ramzi; Muhammad Aidil Haikal Ghani; Alif Mursyid Rusli; Muhammad Hasmadi Wahab dan Mohammad Fareez Azrai Othman.

“Kita telah tetapkan penanda aras yang tinggi perlu dicapai untuk setiap pemain dalam skuad elit ini. Halatuju penubuhan skuad ini bukan hanya untuk mewakili negeri ke SUKMA nanti malah ke peringkat lebih tinggi sebagai pasukan profesional ke peringkat antarabangsa. Tanggungjawab kami tidak hanya kepada pasukan malah kepada pihak penaja.”; ujar Che Kamaruzaman Yusof selaku Presiden Terengganu Young Turtles kepada PenyuSukan.com

Majlis perasmian dan pelancaran pasukan Terengganu Young Turtles yang telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019. Kredit Foto - Majlis Sukan Negeri Terengganu.
Majlis perasmian dan pelancaran pasukan Terengganu Young Turtles yang telah berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu pada 10 Mac 2019. Kredit Foto – Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Terengganu Young Turtles yang baru ditubuhkan ini juga turut menerima tajaan dari beberapa syarikat korporat sekaligus bakal melancarkan setiap program yang telah diatur. Selain tajaan wang tunai untuk menampung perbelanjaan pasukan termasuk elaun pemain selama setahun, skuad ini juga turut menerima tajaan sebuah bas dan kelengkapan sukan untuk keperluan pasukan ini.

https://youtu.be/Zp6uZnh_Bfo
SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X