Sultan Mizan Buka Tirai Kejuaraan Rali Terengganu 2018

Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli merasmikan kejuaraan perlumbaan Rali Terengganu 2018 dengan menyempurnakan acara flag-off para pelumba yang akan berentap di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu bermula 14 sehingga 15 Disember 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli merasmikan kejuaraan perlumbaan Rali Terengganu 2018 dengan menyempurnakan acara flag-off para pelumba yang akan berentap di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu bermula 14 sehingga 15 Disember 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

2018 Malaysian Rally Championship Rali Terengganu 2018 - LogoSultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli merasmikan kejuaraan perlumbaan Rali Terengganu 2018 yang berlansung selama dua hari di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu.

Pusingan akhir dalam kalendar tahunan siri perlumbaan Rali Malaysia(Malaysian Rally Championship) melibatkan 13 peringkat cabaran perlumbaan untuk jarak pemanduan sejauh 151.33km.





Barisan pelumba yang akan berentap untuk merebut kejuaraan perlumbaan Rali Terengganu 2018 yang juga merupakan siri perlumbaan terakhir dalam kalendar tahunan Kejuaraan Rali Malaysia 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Barisan pelumba yang akan berentap untuk merebut kejuaraan perlumbaan Rali Terengganu 2018 yang juga merupakan siri perlumbaan terakhir dalam kalendar tahunan Kejuaraan Rali Malaysia 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Seramai 56 pelumba termasuk penyertaan dari negara Indonesia dan Jepun melibatkan keseluruhan 28 buah jentera perlumbaan menyertai perlumbaan ini bermula pada 14 hingga 15 Disember 2018. Pelumba penuh berpengalaman, Karamjit Singh juga turut tidak ketinggalan untuk beraksi bersama penunjuk arah Daveender Singh dalam perlumbaan di litar berpasir pantai yang pertama kali dalam sejarah penganjuran.

Pelumba-pelumba tuan rumah juga tidak ketinggalan untuk memberi saingan di tempat sendiri setelah sebelum ini turut beraksi di Perlis dalam pusingan kedua Kejuaraan Rali Malaysia. Malah menambah manis dalam kejuaraan ini turut disertai oleh pelumba wanita iaitu Nazatul Shima Mamat yang berasal dari Chendering.

Nazatul Shima Mamat bersama jentera Proton Satria dari pasukan OTFT Rally Team merupakan diantara pelumba wanita yang berentap dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Nazatul Shima Mamat bersama jentera Proton Satria dari pasukan OTFT Rally Team merupakan diantara pelumba wanita yang berentap dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pelumba berusia 41 tahun yang lebih mesra dikenali sebagai Shima ini turut dibantu oleh penunjuk arah Muhammad Firdaus Mohd Fodzi menggunakan jentera Proton Satria dalam kategori P9 untuk jentera bawah 1300cc.

Selain Shima, pelumba muda Muhammad Syakirin Razaki juga merupakan anak jati Kuala Terengganu turut beraksi dalam kategori yang sama. Syakirin bersama penunjuk arah Amir Izham Abd Aziz berentap menggunakan jentera Proton Satria merupakan pelumba berstatus penuh yang telah berentap dalam ketiga-tiga siri perlumbaan Kejuaraan Rali Malaysia 2018.

Pelumba rali anak jati Terengganu; Muhammad Syakirin Razaki(kanan) bersama rakan sepasukan selaku penunjuk arah; Amir Izham Abd Aziz dari pasukan OTFT Rally Team yang beraksi di laman sendiri dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pelumba rali anak jati Terengganu; Muhammad Syakirin Razaki(kanan) bersama rakan sepasukan selaku penunjuk arah; Amir Izham Abd Aziz dari pasukan OTFT Rally Team yang beraksi di laman sendiri dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Syakirin yang pertama kali beraksi dalam Kejuaraan Rali Malaysia ini pada tahun 2012 kini mula serasi bersama Amir Izham setelah pertama kali bergandingan pada 2017. Untuk rekod, kedua-dua pelumba tuan rumah ini merupakan rakan sepasukan yang beraksi untuk pasukan OTFT Rally Team.

TIEP yang sebelum ini sinonim sebagai venue penganjuran sukan berkuda kini pertama kali dijadikan venue penganjuran untuk sukan permotoran ini. Malah Kejuaraan Rali Terengganu menjadi sukan pertama selain sukan berkuda yang telah dianjurkan di sini.

2018 Malaysian Rally Championship Rali Terengganu 2018 - Peta Keseluruhan

Selain lokasi yang terletak berhampiran dengan pantai, pelbagai bentuk muka bumi seperti kawasan berpaya, tanah gambut dan jalan bertar di antara cabaran yang menanti. Oleh yang sedemikian, kejuaraan rali ini tidak hanya bergantung kepada keupayaan jentera masing-masing malah percaturan teknikal yang tepat menjadi perhintungan.

Aksi pelumba anak jati Terengganu; Muhammad Syakirin Razaki dan Amir Izham Abd Aziz bersama jentera Proton Satria dari pasukan OTFT Rally Team sewaktu melepasi peringkat halangan di tepi pantai dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Aksi pelumba anak jati Terengganu; Muhammad Syakirin Razaki dan Amir Izham Abd Aziz bersama jentera Proton Satria dari pasukan OTFT Rally Team sewaktu melepasi peringkat halangan di tepi pantai dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Pada hari pertama perlumbaan ini sebanyak 4 peringkat cabaran yang perlu dihabiskan oleh setiap pelumba manakala baki cabarann seterusnya bersambung pada keesokkannya bagi penentuan juara untuk siri perlumbaan di negeri ini. Pelbagai cabaran bentuk muka bumi dalam musim hujan monsun di TIEP ini bakal menjadi cabaran buat setiap peserta.

Terengganu menjadi destinasi terakhir menutup tirai kalendar perlumbaan untuk tahun ini setelah dua siri perlumbaan telah berlansung di Johor dan Perlis. Kali terakhir perlumbaan rali diadakan di negeri ini adalah pada tahun 2010 yang telah berlansung di ladang TDM Berhad, Sungai Tong.

 

Rally of Terengganu 2018

Leg 1 Highlights

Posted by Malaysianrally on Friday, 14 December 2018

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X