SUKMA 2018 Ragbi: Skuad Wanita Kandas Peringkat Akhir

PenyuSukandotcom - SUKMA Perak 2018 - Maskot RagbiHasrat skuad ragbi wanita Terengganu Hanelang untuk mara ke pusingan akhir pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 telah dinafikan oleh pasukan Selangor dalam perlawanan suku akhir yang berlansung setelah hujan lebat membasahi padang Stadium Ragbi Perak. Perbezaan tipis kutipan mata hasil dari 2 jatuhan try dan 1 tendangan conversion oleh pasukan Selangor menjadi jurang pemisahan kejohanan. Walaubagaimanapun skuad wanita Terengganu Hanelang tidak memberi laluan mudah kepada pasukan lawan di mana berjuang sehabis-habisan hingga tamat permainan.





Sepanjang temasya ini, skuad wanita bermula dengan penuh berkeyakinan setelah mengikat keputusan seri 05-05 setelah berentap bersama pasukan Johor yang menjadi pasukan pilihan untuk temasya ini. Hampir separuh permainan pada separuh masa pertama pasukan ini mampu memberi tekanan kepada pasukan Johor yang gagal untuk membawa bola keluar dari kawasan pertahanan mereka dalam perlawanan pembukaan di hari pertama temasya dwitahunan ini. Tekanan yang diberikan juga turut menyaksikan pasukan ragbi wanita Johor menjadi pasukan pertama mendapat layangan kad kuning di pentas SUKMA Perak 2018 ini.

Jatuhan try pada minit-minit terakhir oleh pemain skuad Terengganu Hanelang; Florieanna Francis berjaya mengikat perlawanan untuk berakhir dengan keputusan seri. Kredit - SUKMA2018.perak.gov.my
Jatuhan try pada minit-minit terakhir oleh pemain skuad Terengganu Hanelang; Florieanna Francis berjaya mengikat perlawanan untuk berakhir dengan keputusan seri. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Saingan sengit diterima oleh skuad wanita Terengganu Hanelang dalam perlawanan kedua yang mencatat kekalahan pertama sewaktu menentang pasukan Sarawak yang berakhir dengan keputusan 21 berbalas 05. Terengganu Hanelang juga turut dikejutkan seawal minit pertama apabila pemain bernombor 11 Najwa binti Mohamad Nazri terpaksa dihantar keluar padang setelah mengalami kecederaan. Sekaligus pasukan Sarawak juga turut dikenakan kad kuning di atas kekasaran yang telah berlaku. Saat akhir permainan menyaksikan pemain berjersi nombor 10 Terengganu Hanelang; Claire Gabriel berjaya memecah kebuntuan pasukan untuk mendapatkan jatuhan try pertama.

Berbekalkan keputusan seri dan kalah dari dua perlawanan peringkat kumpulan masih memberi peluang untuk skuad wanita ini mara ke pusingan suku akhir. Bertemu pasukan Selangor yang berakhir dengan kekalahan berkeputusan 12 berbalas 05 sekaligus memadamkan hasrat pasukan negeri ini untuk mara ke pusingan akhir. Berbekalkan kekalahan ini seterusnya mara dalam pusingan separuh akhir plate untuk kembali bertemu pasukan Sarawak setelah berentap kali pertama di peringkat kumpulan pada hari pertama kejohanan. Namun sekali lagi Sarawak berjaya menafikan kemenangan kepada skuad ragbi wanita Terengganu Hanelang yang berakhir dengan keputusan 19 berbalas 10.

Keputusan Penuh Sukan Ragbi Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19
*Skuad ragbi wanita Negeri Terengganu sahaja

PERINGKAT KUMPULAN – KUMPULAN C
TERENGGANU vs Johor 05-05
TERENGGANU vs Sarawak 05-21

PERINGKAT AKHIR – SUKU AKHIR
TERENGGANU vs Selangor 05-12

PERINGKAT AKHIR – SEPARUH AKHIR PLATE
TERENGGANU vs Sarawak 10-19

Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my
Acara sukan ragbi 7 sepasukan kembali dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 edisi ke-19 setelah kali terakhir dipertandingkan dalam SUKMA KL 2013 edisi ke-16. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Muat turun keputusan rasmi:

PERINGKAT KUMPULAN
TERENGGANU vs Johor – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180915-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiWanita-TerengganuvsJohor.pdf

TERENGGANU vs Sarawak – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180915-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiWanita-TerengganuvsSarawak.pdf

PERINGKAT AKHIR – SUKU AKHIR
TERENGGANU vs Selangor – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180916-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiLelaki_SukuAkhir-TerengganuvsPerlis.pdf

PERINGKAT AKHIR – SEPARUH AKHIR PLATE
TERENGGANU vs Sarawak – http://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Ragbi/20180916-KeputusanSUKMAPerak2018-RagbiWanita_SeparuhAkhir_Plate-TerengganuvsSarawak.pdf

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X