SUKMA 2018 Ragbi: Semua Pasukan Siap Sedia!

Wakil dari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang hadir ke mesyuarat pengurus pasukan ragbi bagi temasya SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Wisma Majlis Sukan Negeri Terengganu. Dari kiri; Pengurus pasukan ragbi wanita - Che Mohd Zulkarnain, Pengurus Sukan Ragbi Majlis Sukan Negeri Terengganu - Mohd Rozman bin Muktar dan pengurus pasukan ragbi lelaki - Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Wakil dari Persatuan Ragbi Negeri Terengganu yang hadir ke mesyuarat pengurus pasukan ragbi bagi temasya SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Wisma Majlis Sukan Negeri Terengganu. Barisan hadapan dua dari kiri; Pengurus pasukan ragbi wanita – Che Mohd Zulkarnain, Pengurus Sukan Ragbi Majlis Sukan Negeri Terengganu – Mohd Rozman bin Muktar dan pengurus pasukan ragbi lelaki – Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Bertempat di Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh telah berlansung mesyuarat pengurus pasukan dari setiap kontijen negeri yang bertanding di dalam acara sukan ragbi 7 sepasukan bagi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En. Fahmi Jalil selaku ketua deligasi teknikal bagi temasya SUKMA Perak 2018 ini bertujuan untuk penyampaian sebarang maklumat terkini kejohanan dan juga untuk memberi peluang bagi setiap pasukan untuk memberi maklumbalas akhir yang diperlukan sebelum kejohanan ini berlansung pada 15 & 16 September 2018.

Beberapa perkara telah dibincangkan termasuk peringatan akhir & maklumat terkini dari pihak penganjur, urusan logistik pasukan, peraturan-peraturan format permainan terkini dan maklumat sokongan perubatan bagi setiap pasukan yang bertanding.





Mesyuarat pengurus pasukan yang dipengerusikan oleh En. Fahmi Jalil selaku ketua deligasi teknikal bagi temasya SUKMA Perak 2018 dan juga selaku Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Mesyuarat pengurus pasukan yang dipengerusikan oleh En. Fahmi Jalil selaku ketua deligasi teknikal bagi temasya SUKMA Perak 2018 dan juga selaku Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Perak; Encik Shamsul Munir Zaini yang turut hadir selaku wakil dari persatuan ragbi di peringkat negeri dalam mesyuarat ini juga turut menzahirkan ucapan selamat datang kepada pasukan-pasukan yang bertanding ke negeri Perak Darul Ridzuan ini. Rata-rata pasukan yang ditemui berpuas hati dengan persediaan tuan rumah yang diterajui oleh Kesatuan Ragbi Negeri Perak dan badan induk sukan ragbi iaitu Kesatuan Ragbi Malaysia(KRM). KRM yang sememangnya berpengalaman penuh dalam setiap penganjuran sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa dan sentiasa membantu ahli gabungan dalam setiap penganjuran yang dijalankan. Selain itu, pihak KRM juga turut menghulurkan sokongan dari segi kepengadilan dan perubatan yang berkelayakan untuk sukan berprestasi tinggi ini.

6 pengadil yang berkelayakan dan turut telah mendapat pengiktirafan dari badan induk dunia sukan ini(World Rugby) di samping berpengalaman besar di pentas antarabangsa telah dipilih untuk sepanjangan acara sukan ini berlansung. Barisan pengadil ini juga turut akan menjalankan tugas sebagai pembantu pengadil bagi memastikan setiap keputusan perlawanan dilakukan dengan tepat untuk mengelakkan sebarang kesilapan yang mungkin berlaku. Umumnya tugas pembantu pengadil yang sentiasa berada di garisan luar padang dibarisi oleh pengadil-pengadil muda.

Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Perak; Encik Shamsul Munir Zaini. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Perak; Encik Shamsul Munir Zaini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Setiap perlawanan yang berlansung juga turut akan dipantau oleh 20 juri kepengadilan bagi membantu para pengadil yang bertugas selain membuat keputusan bagi setiap bantahan yang diterima dari setiap pasukan yang bertanding. Oleh yang sedemikian bagi pentas penganjuran berprestij tinggi ini sebarang kesilapan perlu disifarkan agar setiap pasukan dapat berentap dengan adil dan profesional.

Selain sokongan pasukan perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun(HRPB) dan agensi berkaitan yang disediakan oleh pihak penganjur, pihak KRM juga memberikan sokongan tambahan dari pegawai perubatan yang turut mendapat kelayakan dari World Rugby(suatu ketika dulu dikenali sebagai International Rugby Board). Dr. Mohammad Hazwan Khair wakil dari pihak perubatan KRM yang turut hadir di dalam mesyuarat ini menekankan tidak akan berkompromi terhadap pasukan khususnya bagi aspek keadaan kecederaan para pemain. Untuk rekod, pihak perubatan KRM ini juga mempunyai hak untuk membuat keputusan menentukan keadaan semasa pemain itu berhak bermain atau dihantar ke luar padang. Sekiranya keadaan kecederaan amat kritikal, para pemain itu akan direhatkan dari sebarang perlawanan selama 3 minggu seperti mana yang telah diperuntukkan dalam undang-undang yang disediakan oleh World Rugby.

Bertempat di Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh telah berlansung mesyuarat pengurus pasukan dari setiap kontijen negeri yang bertanding di dalam acara sukan ragbi 7 sepasukan bagi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Bertempat di Wisma Majlis Sukan Negeri Perak, Kompleks Sukan Bandaraya Ipoh telah berlansung mesyuarat pengurus pasukan dari setiap kontijen negeri yang bertanding di dalam acara sukan ragbi 7 sepasukan bagi temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 ini. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Tiada apa yang perlu dirisaukan di mana segala persiapan sama ada dari segi venue dan teknikal berada di tahap yang terbaik. Kita semua di sini saling mengenali dan memahami tugasan masing-masing untuk kejohanan ini namun kita perlu sentiasa bersedia dengan setiap peraturan dan maklumbalas yang perlu diberikan kepada pihak penganjur utama iaitu Majlis Sukan Negara. Setiap pasukan mahukan pingat emas, tiada pasukan mahukan pingat perak mahupun gangsa. Selamat bertanding!”; ujar En. Fahmi Jalil selaku ketua deligasi teknikal bagi temasya SUKMA Perak 2018 ini dan juga selaku Pengarah Pertandingan Kesatuan Ragbi Malaysia kepada semua pengurus pasukan.

PenyuSukandotcom - Maskot Sukan Ragbi 7 Sepasukan SUKMA Perak 2018

Sementara itu Che Mohd Zulkarnain selaku pengurus pasukan ragbi wanita negeri Terengganu turut mengulas yang pasukan ragbi kini berada di tahap terbaik untuk memberi cabaran. Pasukan ragbi wanita dan lelaki negeri ini bersama pihak persatuan turut berkampung di perkampungan sukan di Politeknik Ungku Omar, Ipoh juga tidak mempunyai sebarang masalah di mana pihak tuan rumah telah menyediakan kemudahan yang sepatutnya.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X