SUKMA 2020: Skuad Ragbi Sertai Johor 7s 2019

Kejohanan Ragbi Johor 7s 2019 Edisi Ke-5 melibatkan 24 pasukan bertanding iaitu 16 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita merupakan kejohanan ragbi 7 sepasukan yang disertai pelbagai pasukan ragbi tanah air ternama untuk memberi saingan berprestasi tinggi. Kredit – Facebook.com/johorrugby/

Terkini Persatuan Ragbi Negeri Terengganu, skuad persediaan pasukan ragbi lelaki dan wanita ke pentas SUKMA Johor 2020 nanti kini dalam persiapan untuk berentap di Kejohanan Ragbi Johor 7s yang dijadualkan berlangsung pada 21 & 22 Disember 2019 bertempat di Mini Stadium Majlis Daerah Simpang Renggam.

Sebanyak 16 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita akan bertanding untuk edisi ke-5 penganjuran ini. Rata-rata pasukan yang hadir adalah pasukan ternama untuk memberi aksi berprestij bagi kejohanan 7 sepasukan ini.





Pemilihan untuk menyertai kejohanan ini dilihat tepat memandangkan pasukan persediaan ragbi negeri Terengganu ini amat memerlukan pendedahan kejohanan berkualiti untuk meningkatkan prestasi pasukan.

Untuk Kejohanan Johor 7s ini, pasukan lelaki yang dikenali sebagai Hanelang 2020 telah diundi untuk beraksi dalam kumpulan C bersama dengan pasukan SUKMA N9, Wildcats dan Blue Tigers. Manakala bagi pasukan wanita bakal menerima saingan sengit setelah diundi dalam kumpulan bersama beberapa pasukan ternama seperti RMP Ladies Blues, Universitas Jakarta dan Dingoes.

Kejohanan Ragbi Johor 7s 2019 Edisi Ke-5 melibatkan 24 pasukan bertanding iaitu 16 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita. Pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu yang dikenali sebagai Hanelang 2020 telah diundi untuk berada dalam kumpulan C manakala pasukan wanita Hanelang 2020 telah diundi dalam kumpulan E. Kredit – Facebook.com/johorrugby/

Seramai 15 pemain pasukan ragbi lelaki dan 15 pemain pasukan ragbi wanita telah mengesahkan untuk berentap pada Kejohanan Ragbi Johor 7s ini. Untuk makluman, pasukan ragbi lelaki adalah di bawah kendalian ketua jurulatih Izaimi Zainuddin yang telah membimbing pasukan ini sejak 2017 manakala pasukan ragbi wanita yang baru ditubuhkan pada 1 April 2019 di bawah kendalian ketua jurulatih Nik Mohd Shahiddan Mohd Zain.
Untuk rekod, kedua-dua jurulatih ini berpengalaman besar di pentas sukan ragbi tanahair di mana terkini telah membantu Terengganu untuk melakar sejarah pertama kali memburu kejayaan di pentas Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019.

Jadual pertandingan hari pertama Kejohanan Ragbi Johor 7s 2019 Edisi Ke-5. Kredit – Facebook.com/johorrugby/
Jadual pertandingan hari ke-2 Kejohanan Ragbi Johor 7s 2019 Edisi Ke-5. Kredit – Facebook.com/johorrugby/
SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X