SUKMA 2018 Olahraga: Azreen Nabila Pecah Rekod Berusia 10 tahun!

Reaksi pelari pecut Terengganu; Azreen Nabila setelah memecah rekod kejohanan yang berusia 10 tahun dengan catatan masa 11.81 saat dalam acara 100 meter wanita di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Reaksi pelari pecut Terengganu; Azreen Nabila setelah memecah rekod kejohanan yang berusia 10 tahun dengan catatan masa 11.81 saat dalam acara 100 meter wanita di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Pelari pecut Terengganu Hanelang; Azreen Nabila binti Alias memberi kejutan berganda setelah berjaya memecahkan rekod berusia 10 tahun setelah mengungguli acara 100 meter wanita di Stadium Perak, Ipoh hari ini. Perbezaan 00.01 saat menjadi ukuran buat pelari pecut berusia 18 tahun ini untuk meleburkan rekod milik Siti Fatima Mohamad 11.82 saat yang dicipta sewaktu SUKMA Terengganu 2008 edisi ke-12.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Negeri Terengganu SMK Bukit Nenas yang juga atlet kebangsaan ini telah berjaya menafikan dua pelari dari Sabah di mana perbezaan 0.36 saat di hadapan untuk menewaskan Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (12.170 saat) yang merangkul pingat perak dan pingat gangsa milik Ikma Syaffiera Duris (12.280 saat). Manakala rakan sepasukan Siti Norzullaika binti Ramli menamatkan saingan di tempat ke-9 dengan catatan masa 12.670 saat.





Kejayaan merangkul pingat emas ini juga turut menceriakan kem kontijen Terengganu Hanelang apabila menjadi penyumbang tunggal pingat emas dalam acara olahraga ini untuk hari ke-11 penganjuran SUKMA Perak 2018 yang telah bermula sejak 8 September 2018.

Rekod pencapaian terdahulu yang diraih oleh pelari Azreen Nabila binti Alias tersimpan kemas dalam laman web badan induk dunia sukan olahraga(International Association of Athletics Federations). Kredit - www.iaaf.org
Rekod pencapaian terdahulu yang diraih oleh pelari Azreen Nabila binti Alias tersimpan kemas dalam laman web badan induk dunia sukan olahraga(International Association of Athletics Federations). Kredit – www.iaaf.org

Kejayaan memecahkan rekod yang tersimpan rapi selama 10 tahun sememangnya sesuatu yang tidak diduga oleh beliau di mana hanya menyasarkan sekadar pingat emas untuk acara ini bagi memperbaiki pencapaian pingat perak dalam edisi SUKMA Sarawak 2016 lalu. Sebelum ini dalam kejohanan olahraga Kuala Lumpur ASEAN School Games 2018 yang telah berlansung pada Julai lalu, Azreen Nabila memperolehi pingat gangsa dengan catatan masa 12.29 saat di mana pingat emas dirangkul oleh pelari Indonesia Jeany Nuraini Amelia Agreta dengan catatan masa 12.05 saat.

Keputusan Olahraga Wanita 100m Akhir SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Stadium Perak Ipoh. Kredit - SUKMA2018.perak.gov.my
Keputusan Olahraga Wanita 100m Akhir SUKMA Perak 2018 yang telah berlansung di Stadium Perak Ipoh. Kredit – SUKMA2018.perak.gov.my

Untuk rekod, penyandang rekod baharu ini juga turut pernah terpilih untuk membarisi pasukan kebangsaan kuartet 4x100m di pentas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang lalu.

Aksi pelari pecut Terengganu; Azreen Nabila(lima dari kiri) mendahului larian dengan catatan masa 11.81 saat mengungguli acara 100 meter wanita sekali gus berjaya memperbaharui rekod kejohanan yang berusia 10 tahun di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto - Sekretariat SUKMA Perak 2018
Aksi pelari pecut Terengganu; Azreen Nabila(lima dari kiri) mendahului larian dengan catatan masa 11.81 saat mengungguli acara 100 meter wanita sekali gus berjaya memperbaharui rekod kejohanan yang berusia 10 tahun di pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018. Kredit Foto – Sekretariat SUKMA Perak 2018

Muat turun keputusan rasmi:

Olahraga 100 meter Wanita Akhirhttp://penyusukan.com/download/SUKMA2018/Olahraga/20180918-KeputusanSUKMAPerak2018-KeputusanOlahraga-Wanita100mAkhir.pdf

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X