Sukan Elektronik: Tiada Halangan Dari Kerajaan Negeri Terengganu

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin(duduk berkemeja biru) turut meluangkan masa untuk mencuba sukan elektronik di program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin(duduk berkemeja biru) turut meluangkan masa untuk mencuba sukan elektronik di program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu tidak mempunyai halangan untuk menyekat perkembangan sukan elektronik yang kini menjadi satu fenomena baru di kalangan belia. Malah pihak kerajaan negeri juga turut telah memberi sokongan penuh kepada Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) bagi memastikan persatuan sukan ini mampu berdaya saing dengan persatuan sukan elektronik dari negeri – negeri lain.

ESM Terengganu merupakan badan sukan elektronik negeri Terengganu yang telah berdaftar dengan Pesuruh Jaya Sukan Malaysia pada 22 September 2015.





“Sebarang usaha dari pelbagai pihak yang memberi manfaat kepada belia amat dialu-alukan dan di pihak kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk membantu.”; ujar YB Ustaz Hishamuddin; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu yang ditemui sewaktu progam Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018.

Wakil dari Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) sewaktu program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Wakil dari Persatuan Sukan Elektronik Negeri Terengganu (ESM Terengganu) sewaktu program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Beliau juga turut mengulas bahawa potensi sukan ini tidak hanya memfokuskan kepada aktiviti acara sukan berkenaan malah mampu untuk memberi peluang keusahawanan kepada para belia di negeri ini. Wujudnya persatuan sukan elektronik di negeri ini dilihat mampu untuk memberi ruang kepada belia-belia terlibat dalam suatu perkara yang membawa kemanfaatan dari terlibat aktiviti yang tidak sihat.

Kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu turut telah memberi tajaan logistik dan kemudahan lain kepada ESM Terengganu bagi menghadapi kejohanan di pentas kebangsaan. Kredit Foto - Facebook.com/esmterengganu
Kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu turut telah memberi tajaan logistik dan kemudahan lain kepada ESM Terengganu bagi menghadapi kejohanan di pentas kebangsaan. Kredit Foto – Facebook.com/esmterengganu

Untuk rekod, kerajaan negeri Terengganu melalui Majlis Sukan Negeri Terengganu telah memberi tajaan logistik dan lain-lain sokongan kepada ESM Terengganu bagi menghadapi Kejohanan Sukan Elektronik Kebangsaan 2018 yang lalu.

Progam Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung melibatkan beberapa agensi kerajaan juga memberi gambaran tepat tentang perkembangan sukan ini secara tidak lansung mampu merapatkan jurang di antara komuniti sukan elektronik.

Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia; En Rini Bin Ramli turut hadir untuk menyampaikan penerangan kepada peserta program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Beliau juga turut merupakan atlet sukan elektronik yang pernah menjuarai Kejuaraan Asia sebanyak 3 kali dan pernah berada di tangga ke-4 kedudukan dunia sukan elektronik. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia; En Rini Bin Ramli turut hadir untuk menyampaikan penerangan kepada peserta program Bengkel Pengenalan E-Sports Negeri Terengganu yang telah berlansung pada 22 Oktober 2018 bertempat di Talk Space TD1303 Coworking Space, Kuala Terengganu. Beliau juga turut merupakan atlet sukan elektronik yang pernah menjuarai Kejuaraan Asia sebanyak 3 kali dan pernah berada di tangga ke-4 kedudukan dunia sukan elektronik. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“ESM Malaysia(Persatuan Sukan Elektronik Malaysia) selaku badan induk peringkat kebangsaan yang mengawal selia sukan ini telah menyediakan satu garis panduan pusat sukan elektronik agar agensi-agensi berkaitan mendapat gambaran sepenuhnya bagaimana pusat sukan ini beroperasi. Gambaran tepat mampu untuk mengelakan pandangan negatif terhadap sukan ini yang sering timbul di kalangan pihak berkuasa khususnya masyarakat.”; ujar En Rini Bin Ramli selaku Setiausaha Agung Persatuan Sukan Elektronik Malaysia sewaktu ditemui di program bengkel sukan elektronik ini.

Beliau turut mengulas bahawa ESM Malaysia juga turut menjadi rujukan beberapa pihak berkuasa tempatan di beberapa negeri dalam memastikan setiap pusat sukan elektronik yang diperiksa berdaftar dengan persatuan induk ini atau tidak. Sekiranya berdaftar dengan persatuan induk ini sudah pasti pusat berkenaan tidak melanggar sebarang peraturan yang ditetapkan. Umumnya terdapat segelintir ‘pusat sukan elektronik’ yang tidak berdaftar menyalahgunakan nama persatuan ini untuk kegiatan yang menyalahi peraturan pihak berkuasa tempatan.

Berikut adalah garis panduan untuk pusat-pusat sukan elektronik yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan Sukan Elektronik Malaysia.

a) Pusat/syarikat haruslah berdaftar sebagai ahli bersekutu Persatuan Sukan Elektronik Malaysia.

b) Pusat/syarikat haruslah berdaftar dengan SSM.

c) Pusat/syarikat haruslah mendapat lesen/surat kebenaran untuk beroperasi dari pihak berkuasa tempatan dan jabatan bomba.

d) Pusat/syarikat haruslah mempunyai sekurang-kurangya 8 set konsol/50 set komputer yang mempunyai “minimum specs” untuk permainan sukan elektronik.

e) Pusat Sukan Elektronik haruslah mempunyai permainan-permainan sukan elektronik yang di iktiraf. Berikut adalah permainan-permainan sukan elektronik yang di iktiraf:

i) DOTA 2 by Valve
ii) FIFA series by EA Sports
iii) Pro Evolution Soccer series by Konami
iv) Counterstrike: Global Offensive by Valve
v) League Of Legend by Riot Games
vi) Street Fighter series by Capcom
vii) Tekken series by Konami
viii) Playerunknown’s Battleground(PUBG) by Bluehole
ix) Fortnite by Epic Games
x) Starcraft 2 by Blizzard
xi) Hearthstone by Blizzard
xii) Overwatch by Blizzard
xiii) Call of Duty series by Activision
xiv) Rocket League by Psyonix
xv) Mobile Legends by Moonton
xvi) Arena of Valor by Garena
xvii) Pokemon by Nintendo

f) Pusat/syarikat haruslah mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, terang, sihat dan selamat sepanjang masa.

Untuk sebarang matlumat lanjut, boleh hubungi setiausaha persatuan Rinie di 017-3020087 atau emel rinie@esportsmalaysia.org

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X