Rumah Terbuka Aidilfitri MSNT Meriah

Dari kiri - Timbalan Pengarah MSNT; Encik Mohd Sabri bin Abas, Pengarah MSNT; Encik Ibni Amin Busu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalan Pengerusi YB Ustaz Hishamuddin dan Pegawai Eksekutif Kompleks Sukan Negeri Terengganu; Encik A.Zulkifli bin Mohamad sewaktu menyampaikan sumbangan derma kepada warga Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah (PERKASA) dan Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Dari kiri – Timbalan Pengarah MSNT; Encik Mohd Sabri bin Abas, Pengarah MSNT; Encik Ibni Amin Busu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalan Pengerusi YB Ustaz Hishamuddin dan Pegawai Eksekutif Kompleks Sukan Negeri Terengganu; Encik A.Zulkifli bin Mohamad sewaktu menyampaikan sumbangan derma kepada warga Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah (PERKASA) dan Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Lebih 1,500 tetamu telah hadir untuk memeriahkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Sukan Negeri Terengganu 2018M/1439H yang telah berlansung di Gelanggang Serbaguna Majlis Sukan Negeri Terengganu(MSNT) pada 12 Julai yang lalu. Tuan rumah yang diketuai oleh Encik Ibni Amin Busu selaku Pengarah bersama ahli keluarga MSNT yang lain tanpa letih menyambut tetamu yang hadir seawal jam 1100 pagi sehingga lewat petang. Rata-rata tetamu yang hadir adalah dari terdiri para penggiat sukan tanpa mengira latar belakang dan pencapaian di seluruh negeri ini di samping beberapa kenamaan yang menerima jemputan.

Majlis yang disambut meriah oleh warga sukan negeri ini turut menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah bersama timbalan pengerusi YB Ustaz Hishamuddin. Kunjungan ini juga turut melengkapkan program majlis iaitu menyampaikan bantuan derma kepada warga Asrama Anak-Anak Yatim Darul Falah (PERKASA) dan Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi.





PenyuSukandotcom - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Sukan Negeri Terengganu 2018
Para tetamu memenuhi Gelanggang Serbaguna MSNT seawal jam 1100 pagi sehingga lewat petang. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Rata-rata para tetamu yang ditemui menyampaikan hasrat berterima kasih kepada MSNT di atas penganjuran ini dan berharap program ini dapat diteruskan. Program ini juga dilihat merupakan satu pentas terbaik buat semua warga penggiat sukan dari pelbagai daerah di dalam negeri ini untuk bertemu memandang sebelum ini faktor jarak dan masa dalam komitmen program latihan menjadi halangan. Kehadiran bekas-bekas atlit mahupun orang lama warga penggiat sukan atau ahli persatuan sukan juga turut memeriahkan suasana sambutan majlis ini. Kesempatan ini juga turut diambil untuk menghargai pihak-pihak penaja yang sebelum ini banyak membantu dalam perkembangan warga penggiat sukan.

PenyuSukandotcom - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Sukan Negeri Terengganu 2018

“Program ini merupakan acara tahunan yang tidak pernah terlepas dianjurkan oleh MSNT untuk semua warga penggiat sukan di negeri ini. Hasrat MSNT agar setiap para penggiat sukan di negeri ini tidak rasa dilupakan oleh kami. MSNT adalah satu keluarga sukan yang besar menaungi banyak persatuan mahupun kelab sukan yang mempunyai ramai para atlet dan ahli mereka. Oleh yang sedemikian inilah pentas terbaik dari kami kepada mereka semua tanpa mengira latar belakang mahupun pencapaian mereka.”, ujar Encik Ibni Amin Busu, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X