Raja Permin FC Gah Buka Tirai Liga Copa KT 2019

Raja Permin FC meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan Liga Copa Kuala Terengganu 2019 sewaktu menentang Bukit Payong FC yang telah berlangsung di padang Raja Permin Arena. Kredit Foto - Facebook.com/rajaperminfc
Raja Permin FC meraih kemenangan dalam perlawanan pembukaan Liga Copa Kuala Terengganu 2019 sewaktu menentang Bukit Payong FC yang telah berlangsung di padang Raja Permin Arena. Kredit Foto – Facebook.com/rajaperminfc

Penyandang juara edisi lalu, Raja Permin FC gah membuka tirai Liga Copa Kuala Terengganu 2019(Liga Copa KT 2019) setelah membelasah Bukit Payong FC berkesudahan 4 gol tanpa balasan dalam aksi 80 minit permainan. Perlawanan pertama liga yang telah berlansung di padang Raja Permin Arena, Chendering menyaksikan perlawanan bermula seimbang bagi kedua-dua pasukan mencari rentak.

Namun hasil dorongan cantik yang tidak disia-siakan oleh Muhamad Hanif bin Anuar memastikan jaringan gol pertama milik pasukan Raja Permin FC pada minit ke-22.





Tersentak dengan jaringan tersebut, Bukit Payong FC di bawah bimbingan jurulatih Hafeez Nadzreen Asnawi terus mengatur serangan untuk mengawal permainan. Rata-rata saiz fizikal pemain Bukit Payong FC memberi kelebihan untuk penguasaan bola namun gagal untuk mencari penyudah. Beberapa cubaan gagal dimanfaatkan sebaik mungkin hingga tamat separuh masa pertama.

Pemain serangan Raja Permin FC yang berusia 19 tahun; Muhamad Hanif bin Anuar mencipta jaringan gol hatrik dalam perlawanan pembukaan Liga Copa Kuala Terengganu 2019 sewaktu menentang Bukit Payong FC yang telah berlangsung di padang Raja Permin Arena. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pemain serangan Raja Permin FC yang berusia 19 tahun; Muhamad Hanif bin Anuar mencipta jaringan hatrik dalam perlawanan pembukaan Liga Copa Kuala Terengganu 2019 sewaktu menentang Bukit Payong FC yang telah berlangsung di padang Raja Permin Arena. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Sebaik sepak mula separuh masa kedua permainan bermula, Bukit Payong FC terus pantas mengasak rapat ke kubu pertahanan lawan namun masih gagal untuk mencari gol penyamaan. Buntu dengan cubaan demi cubaan secara tidak langsung para pemain kian hilang rentak permainan sekaligus Raja Permin FC bijak membaca permainan.

Situasi kucar-kacir di hadapan gawang Bukit Payong FC sekali lagi memberi peluang kepada pemain senior Raja Permin FC Muhamad Hanif untuk menambah jaringan pada minit ke-48. 10 minit kemudian, Muhamad Hanif yang beraksi di bahagian serangan sekali lagi mencipta sensasi perlawanan dengan jaringan hatrik untuk memastikan pasukannya selesa mendahului permainan. Kealpaan pasukan Bukit Payong FC sekali lagi dihukum dengan jaringan gol penyudah yang disempurnakan oleh pemain berjersi nombor 11; Muhamad Uzair bin Sanadi di minit ke-62 permainan.

Pengurus pasukan Raja Permin FC; Mohd Dede Ellanne. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pengurus pasukan Raja Permin FC; Mohd Dede Ellanne. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Alhamdullilah, kita berjaya mendapat 4 gol hasil daripada gandingan pemain-pemain muda di atas padang. Segala-galanya berjalan lancar seperti mana yang dirancang dan keputusan hari ini adalah menjangkaui apa yang disasarkan. Pasukan lawan sebenarnya merupakan antara pasukan yang terkuat seperti mana di awal minit-minit permainan kita boleh lihat mereka memaksa kami bekerja keras untuk mencipta ruang. Mungkin faktor kecergasan memberi kelebihan kepada kami. Untuk perlawanan seterusnya kami perlu perbaiki taktikal perlawanan dan persefahaman pemain di atas padang.”; ujar Mohd Dede Ellanne selaku pengurus pasukan Raja Permin FC kepada PenyuSukan.com.

Padang Raja Permin Arena merupakan salah satu venue rasmi pertandingan Liga Copa Kuala Terengganu 2019. Kredit Foto – Facebook.com/rajaperminfc
Padang Raja Permin Arena merupakan salah satu venue rasmi pertandingan Liga Copa Kuala Terengganu 2019. Kredit Foto – Facebook.com/rajaperminfc

Untuk rekod, Raja Permin FC di bawah kendalian jurulatih Ck Ahmad Fakharudin bin Che Ku Setia baru menamatkan kempen penyertaan sulung dalam Piala FA 2019. Untuk kempen Liga Copa KT 2019 ini, Raja Permin FC dibarisi para pemain-pemain yang berasal dari Chendering berusia seawal usia 17 tahun dan paling berusia adalah 49 tahun!

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X