Ragbi: Skuad SUKMA 2020 Raih Pengalaman Berharga Johor 7s

Kejohanan Ragbi Johor 7s 2019 Edisi Ke-5 melibatkan 24 pasukan bertanding iaitu 16 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita merupakan kejohanan ragbi 7 sepasukan yang disertai pelbagai pasukan ragbi tanah air ternama untuk memberi saingan berprestasi tinggi. Kredit – Facebook.com/johorrugby/

Skuad persediaan pasukan ragbi lelaki dan wanita negeri Terengganu ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 menempuh perjalanan sejauh 500km untuk meraih pengalaman penuh bermakna di Mini Stadium Majlis Daerah Simpang Renggam untuk berentap dalam Kejohanan Ragbi Johor 7s yang telah berlangsung selama dua hari kejohanan. Kejohanan yang disertai beberapa pasukan tempatan bertaraf senior turut dibarisi beberapa pemain kebangsaan dan juga dengan penyertaan pasukan antabangsa; DKI Jakarta yang dibarisi beberapa pemain yang beraksi Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini ternyata menjadi satu penanda aras terbaik buat pasukan ragbi negeri ini.

Pemilihan untuk menyertai kejohanan ini dilihat tepat memandangkan pasukan persediaan ragbi negeri Terengganu ini amat memerlukan pendedahan kejohanan berkualiti untuk meningkatkan prestasi pasukan. Untuk Kejohanan Johor 7s ini, pasukan lelaki yang dikenali sebagai Hanelang 2020 telah diundi untuk beraksi dalam kumpulan C bersama dengan pasukan SUKMA N9, Wildcats dan Blue Tigers. Manakala bagi pasukan wanita bakal menerima saingan sengit setelah diundi dalam kumpulan bersama beberapa pasukan ternama seperti RMP Ladies Blues, DKI Jakarta dan Dingoes.





Pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu skuad persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 di bawah kendalian ketua jurulatih Izaimi Zainuddin sewaktu berentap di Kejohanan Johor 7s 2019 yang telah berlangsung selama dua hari bertempat di Mini Stadium Majlis Daerah Simpang Renggam, Johor. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan lelaki Hanelang 2020 telah meraih dua kemenangan ke atas pasukan Wildcats(Kelab senior berpangkalan di negeri Johor) dan SUKMA N9(Skuad persediaan pasukan SUKMA 2020 Negeri Sembilan) setelah menempuhi 5 perlawanan sengit peringkat kumpulan. Jurang 3 try menjadi defisit buat Hanelang 2020 setelah bertemu pasukan SJ 20(Skuad persediaan pasukan SUKMA 2020 Negeri Johor) di peringkat suku akhir Cup/Plate. Seterusnya pasukan RMP Blues yang terdiri dari anggota Polis Diraja Malaysia sepenuh masa sekali lagi menafikan Hanelang 2020 yang mengutip pengalaman cukup berharga berkeputusan 19 berbalas 7.

Pasukan ragbi wanita skuad persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 menutup kalendar 2019 dengan penuh bermakna apabila pasukan yang baru ditubuhkan pada April 2019 ini telah merangkul juara Plate menewaskan pasukan RMP Lady Blues yang dibarisi oleh anggota Polis Diraja Malaysia sepenuh masa di Kejohanan Johor 7s 2019 yang telah berlangsung selama dua hari bertempat di Mini Stadium Majlis Daerah Simpang Renggam, Johor. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan wanita Hanelang 2020 yang baru ditubuhkan pada 1 April 2019 lalu mengutip pengalaman penuh bermakna sepanjang Kejohanan Johor 7s 2019 ini yang juga merupakan kejohanan kali ke-4 pernah disertai sejak penubuhan. Pasukan bawah 21 tahun wanita negeri Terengganu ini berjaya untuk mengikat keputusan seri 05-05 dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan bertemu RMP Lady Blues yang dibarisi oleh anggota Polis Diraja Malaysia sepenuh masa. Seterusnya tewas kepada pasukan yang berpengalaman besar di pentas antarabangsa di mana pasukan DKI Jakarta telah dibarisi beberapa pemain yang mewakili Indonesia di pentas Sukan SEA Filipina 2019 baru-baru ini begitu pasukan Dingoes yang dibarisi sebahagian besar bekas pemain wanita kebangsaan dan juga pemain kebangsaan di pentas Sukan SEA Filipina 2019.

Pada aksi peringkat kedua kejohanan, pasukan wanita Hanelang 2020 buat pertama kali sejak penubuhan pasukan berjaya menempah tiket pusingan akhir plate bertemu pasukan UMP Lady Sharks(pasukan ragbi wanita Universiti Malaysia Pahang). Namun pasukan UMP Lady Sharks yang menarik diri di saat akhir memudahkan perjalanan pasukan wanita Terengganu ini untuk mara ke pusingan akhir Plate. Pada pusingan akhir, sekali lagi bertemu RMP Lady Blues (setelah bertemu dalam aksi perlawanan pembukaan peringkat kumpulan) untuk mencipta kejayaan sulung buat pasukan sejak penubuhan dengan meraih juara Plate berkeputusan 15-00.


Pasukan ragbi lelaki negeri Terengganu skuad persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020 di bawah kendalian ketua jurulatih Izaimi Zainuddin sewaktu berentap di Kejohanan Johor 7s 2019 yang telah berlangsung selama dua hari bertempat di Mini Stadium Majlis Daerah Simpang Renggam, Johor. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Keputusan Penuh Johor 7s 2019 – 21-22 Disember 2019
Mini Stadium Majlis Daerah Simpang Renggam

LELAKI
Perlawanan Pertama
HANELANG 2020 vs BLUE TIGERS 07-17

Perlawanan Ke-2
HANELANG 2020 vs WILDCATS 29-07

Perlawanan Ke-3
HANELANG 2020 vs SUKMA N9 07-05

Suku Akhir Cup/Plate
HANELANG 2020 vs SJ 20 07-17

Separuh Akhir Plate
HANELANG 2020 vs RMP Blues 07-19


Kapten pasukan ragbi wanita skuad persediaan ke pentas temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Johor 2020; Nur Aisyah Khumaira Razaman merupakan produk Sekolah Sukan Negeri(SSN) SMK Bukit Nenas(menduduki Sijil Pelajaran Malaysia pada 2016) di mana turut pernah mewakili negeri Terengganu di SUKMA Perak 2018 dalam sukan bola baling. Kredit Foto – PenyuSukan.com

WANITA
Perlawanan Pertama

HANELANG 2020 vs RMP Lady Blues 05-05

Perlawanan Ke-2
HANELANG 2020 vs DKI Jakarta 00-34

Perlawanan Ke-3
HANELANG 2020 vs Dingoes 00-20

Separuh Akhir Plate
HANELANG 2020 vs UMP Lady Sharks 28-00

Akhir Plate
HANELANG 2020 vs RMP Lady Blues 15-00

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X