Ragbi: Skuad SUKMA Cemerlang di Hatyai 7s

Skuad persediaan ragbi Terengganu ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 membawa nama "Hanelang" untuk berentap di Kejohanan PSU Hatyai International Rugby 7s 2018. Kredit Foto - Facebook.com/PRAGBINT
Skuad persediaan ragbi Terengganu ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 membawa nama “Hanelang” untuk berentap di Kejohanan PSU Hatyai International Rugby 7s 2018. Kredit Foto – Facebook.com/PRAGBINT

Skuad ragbi 7 sepasukan Terengganu mempamerkan aksi cemerlang di kejohanan ragbi PSU Hatyai International Rugby 7s 2018 apabila layak ke pusingan akhir kejohanan. Skuad persediaan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) Perak 2018 telah berjaya menafikan pasukan tuan rumah(Prince of Songkla Rugby Club) di peringkat kumpulan setelah meraih kutipan mata 33 berbalas 5. Namun tewas kepada pasukan All For One dengan kutipan mata 12 berbalas 21 di perlawanan akhir.

Pada hari pertama kejohanan, skuad Penyu telah berjaya menewaskan pasukan Taiping Tigers Legends dengan keputusan 29 berbalas 05. Setelah menewaskan pasukan tuan rumah dalam perlawanan kedua sekaligus menang dalam semua perlawanan di peringkat kumpulan, skuad Penyu mara ke pusingan suku akhir untuk menewaskan pasukan Perlis dan seterusnya menewaskan pasukan UM Blues dalam perlawanan separuh akhir.





Kejohanan PSU Hatyai International Rugby 7s 2018 yang turut disertai beberapa pasukan ragbi tanah air dan pasukan kebangsaan Thailand yang membawa nama "All For One". Kredit Foto - Facebook.com/PRAGBINT
Kejohanan PSU Hatyai International Rugby 7s 2018 yang turut disertai beberapa pasukan ragbi tanah air dan pasukan kebangsaan Thailand yang membawa nama “All For One”. Kredit Foto – Facebook.com/PRAGBINT

Tewas kepada pasukan yang dibarisi pemain kebangsaan Thailand sepenuhnya di peringkat akhir kejohanan merupakan satu pengalaman amat berharga buat pasukan ini. Skuad pimpinan Izami Zainuddin selaku ketua jurulatih yang membawa misi ke SUKMA Perak nanti sememangnya sentiasa dahagakan sebarang kejohanan yang berkualiti untuk memantapkan pasukan. Ternyata kejohanan antarabangsa ini sememangnya menjadi pentas terbaik khususnya buat para pemain itu sendiri untuk mengutip pengalaman.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X