Ragbi Piala Agong: Terengganu Langkah Kanan

Aksi pemain naturalisasi kelahiran Fiji; Timoci Vunimoku melakukan jatuhan try bagi pasukan Terengganu di minit ke-53 sewaktu perlawanan pembukaan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 edisi ke-37 menentang Johor bertempat di Mini Stadium Majlis Daerah Kota Tinggi pada 5 Oktober 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Terengganu membuka tirai Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37 dengan langkah kanan setelah menewaskan Johor di laman sendiri untuk kutipan mata melalui 5 jatuhan try, 4 tendangan conversion dan 1 tendangan penalti menjadikan keputusan perlawanan 36 berbalas 25.

Kemenangan ini juga turut memperbaiki rekod pasukan berbanding musim lalu dalam aksi peringkat kumpulan di mana Terengganu telah ditewaskan 24-08 oleh Johor di Stadium Mini Kota Tinggi ini.

Pemain sayap Terengganu; Muhammad Faizal Md Tahir mengutip mata pertama kejohanan buat pasukan melalui jatuhan try seawal minit ke-6 permainan dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 edisi ke-37 menentang Johor. Pada perlawanan ini bertempat di Mini Stadium Majlis Daerah Kota Tinggi, beliau telah menyumbang mata melalui 1 jatuhan try, 2 tendangan conversion dan 1 tendangan penalti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan pelawat ini juga turut membuat kejutan di awal permainan dengan meraih kutipan mata jatuhan try sulung oleh Muhammad Faizal Md Tahir pada minit ke-6. Selang 7 minit kemudian, pemain import baharu kelahiran Fiji Iowane Teba menambah mata jatuhan try hasil larian pantas membelah padang sekaligus membantu pasukan untuk menambah 2 mata melalui tendangan conversion mudah.

Kutipan mata pertama pasukan tuan rumah hadir di minit ke-22 setelah pemain import tuan rumah Siqeli Qau Qau merobek padu benteng pertahanan Terengganu namun masih gagal untuk mendahului separuh masa pertama permainan setelah diikat 12 berbalas 5.





Pemain import kelahiran Fiji Iowane Teba(kiri) membuat penampilan pertama kali bersama pasukan ragbi negeri Terengganu telah menyumbang kutipan mata melalui dua jatuhan try dengan larian pantas mengejutkan pihak lawan dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 edisi ke-37 menentang Johor bertempat di Mini Stadium Majlis Daerah Kota Tinggi pada 5 Oktober 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Seperti mana pada musim lalu, aksi perlawanan peringkat kumpulan ini juga turut berlangsung dalam keadaan cuaca hujan lebat sedikit sebanyak memberi tekanan kepada kedua-dua pasukan ini. Kad kuning pertama perlawanan disimpan kemas oleh pemain gantian tuan rumah Mohamad Faris Pead seawal minit ke-41 separuh masa kedua permainan.

Pasukan tuan rumah yang beraksi dengan 14 pemain gagal dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan pelawat apabila Siqeli Qau Qau sekali lagi menambah mata jatuhan try merapatkan jurang 10 berbalas 12.

Muhammad Haikal Ibrahim(dua dari kanan) merupakan pemain senior anak jati kelahiran Kampung Bating, Seberang Takir yang membuat penampilan musim kali ke-4 berturut-turut sejak 2016 bersama Terengganu di pentas Kejohanan Ragbi Piala Agong. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Johor kian mendapat mendapat rentak permainan untuk sentiasa memberi tekanan dalam kawasan kubu pelawat namun Iowane Teba sekali lagi berjaya memecah situasi permainan untuk larian jauh tanpa halangan menambah mata jatuhan try serta memastikan Terengganu mengutip tambahan 2 mata mudah melalui tendangan conversion.

Mini Stadium Majlis Daerah Kota Tinggi menjadi gelanggang pembuka tirai Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 edisi ke-37 bagi perlawanan pertama peringkat kumpulan Premier di antara Johor menentang Terengganu pada 5 Oktober 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Tuan rumah kian tertekan apabila tonggak pasukan; Siqeli Qau Qau terpaksa direhatkan selama 10 minit bagi menjalani hukuman sinbin setelah menerima layangan kad kuning di minit ke-53 permainan. Situasi ini memberi kelebihan kepada Terengganu untuk terus menambah mata bagi menjarakkan jurang permainan.

Pada minit-minit akhir perlawanan walaupun Johor masih berjaya mendapatkan dua jatuhan try dan satu tendangan conversion menjadikan 12 kutipan mata namun terpaksa akur untuk tewas di laman sendiri berkeputusan 36 berbalas 25.

Seterusnya pada perlawanan kedua peringkat kumpulan, Terengganu akan bertandang ke Stadium Suka Menanti, Alor Star bagi aksi menentang Kedah pada 12 Oktober nanti.

Pembantu jurulatih merangkap kapten pasukan ragbi Terengganu; Mohd Syahir Asraf Bin Rosli yang juga merupakan bekas kapten pasukan kebangsaan berpengalaman besar di pentas antarabangsa membuat penampilan pertama kali bersama Terengganu dalam saingan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 edisi ke-37. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Alhamdullilah, pasukan kami berjaya meraih kemenangan pertama menentang pasukan Johor. Namun ianya bukan aksi sebenar kami. Pujian kepada ahli pasukan lain yang masih mampu menyerap tekanan untuk bermain dalam keadaan padang yang basah dan licin. Walaubagaimanapun masih ada kesilapan yang perlu diberi diperbaiki dalam seminggu ini sebelum bertemu Kedah nanti.”; Kapten Pasukan Terengganu Mohd Syahir Asraf Bin Rosli. Beliau juga merupakan bekas kapten pasukan kebangsaan yang berpengalaman besar di pentas antarabangsa.

Izaimi Zainuddin(dua dari kanan) selaku ketua jurulatih bagi pasukan ragbi negeri Terengganu dalam saingan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Untuk rekod, pada musim ini Terengganu masih kekal dalam kelompok Premier yang membariskan pasukan-pasukan teratas kejohanan bersama Kelantan, Johor dan Kedah. Pada musim lalu Terengganu telah terkandas di peringkat suku akhir setelah dinafikan oleh Kelantan. Manakala Kedah berjaya mendapat tempat ke-3 kejohanan setelah menewaskan Johor untuk berada di tempat ke-4.

Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Edisi Ke-37 merupakan tahun kedua format permainan kelompok Premier diperkenalkan di mana pada peringkat suku akhir nanti akan berentap dengan kelompok Divisyen 1 bagi merebut kejuaraan Piala Agong ini.

Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 Ke-37
*Senarai kutipan mata pemain negeri Terengganu Darul Iman bagi perlawanan menentang Perak

  BIL.  
  POSISI  
NAMA
MINIT
MATA
TRY
   1.  SAYAP   MUHAMMAD FAIZAL
  MD TAHIR
6′
5
   2.  FULLBACK   IOWANE TEBA
13′
5
   3.  FULLBACK   IOWANE TEBA
48′
5
   4.  PEMAIN
 GANTIAN
  TIMOCI VUNIMOKU
53′
5
   5.  FLANKER   MUHAMMAD SAFIY MD SAID
61′
5
CONVERSION
   6.  FLY HALF   MOHAMMAD NAZREEN
  FITRI NASRUDIN
14′
2
   7.  SAYAP   MUHAMMAD FAIZAL
  MD TAHIR
49′
2
   8.  SAYAP   MUHAMMAD FAIZAL
  MD TAHIR
54′
2
   9.  SAYAP   MUHAMMAD FAIZAL
  MD TAHIR
62′
2
PENALTI
   10.  SAYAP   MUHAMMAD FAIZAL
  MD TAHIR
74′
3
          
 JUMLAH
36

KEPUTUSAN KEJOHANAN PIALA AGONG 2019 EDISI KE-37
MINGGU PERTAMA – 5 OKTOBER 2019

PREMIER
JOHOR vs TERENGGANU 25-36
KELANTAN vs KEDAH 69-00

DIV 1
PERAK vs WP KUALA LUMPUR 14-07
ATM vs N SEMBILAN 24-11

DIV 2
SELANGOR vs WP PUTRAJAYA 00-39
PAHANG vs MELAKA 101-00
PERLIS vs PDRM 08-46

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X