Ragbi: Hala Tuju & Penjenamaan Semula Bersama Kerajaan Negeri Terengganu

Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu(Belia, Sukan dan NGO); Mohd Rahimee bin Mohd Ramli (kanan) menerima dokumen yang disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad(tengah) dan Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman selaku ahli jawatankuasa PRNT setelah mengadakan perbincangan bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu(Belia, Sukan dan NGO); Mohd Rahimee bin Mohd Ramli (kanan) menerima dokumen yang disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad(tengah) dan Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman selaku ahli jawatankuasa PRNT setelah mengadakan perbincangan bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Bertempat di Wisma Darul Iman, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu(PRNT) telah mengadakan perbincangan bersama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu tentang hala tuju masa depan sukan ragbi di negeri Terengganu dan penjenamaan semula PRNT. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu(Belia, Sukan dan NGO); Encik Mohd Rahimee bin Mohd Ramli manakala dari pihak persatuan dihadiri oleh Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Encik Amir Amri Muhammad dan Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman selaku ahli jawatankuasa PRNT.

Perbincangan ini telah menyentuh tentang beberapa perancangan hala tuju untuk memperkasakan sukan ragbi di negeri ini pada tahun 2019 nanti. Antara topik dibincangkan adalah:





a)Permohonan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu untuk PRNT mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu
b) Persediaan program pembangunan akar umbi sukan ragbi negeri Terengganu
c) Persediaan pasukan bagi menghadapi kejohanan Piala Agong, Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan dan Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti.
d) Memperkasakan Akademi Ragbi Negeri Terengganu
e) Mewujudkan Akademi Ragbi Perempuan Negeri Terengganu
f) Penjenamaan semula Persatuan Ragbi Negeri Terengganu

Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu(Belia, Sukan dan NGO); Mohd Rahimee bin Mohd Ramli (tengah) sewaktu menyambut kunjugan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad(tengah) dan Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman selaku ahli jawatankuasa PRNT bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman. Kredit Foto – PenyuSukan.com
Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu(Belia, Sukan dan NGO); Mohd Rahimee bin Mohd Ramli (tengah) sewaktu menyambut kunjugan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Amir Amri Muhammad(tengah) dan Enche Mohd Amirulmukminin bin Sulaiman selaku ahli jawatankuasa PRNT bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Wisma Darul Iman. Kredit Foto – PenyuSukan.com

a)Permohonan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu untuk PRNT mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu

Pada 2 Oktober 2018, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang di-Pertuan Muda Terengganu telah pun memperkenankan untuk menjadi Penaung Persatuan Ragbi Negeri Terengganu melalui satu surat rasmi yang telah dikeluarkan (SUK.TR.410/111-(67) bertarikh 2 Oktober 2018). Oleh yang berkenaan pada hari ini pihak PRNT secara rasmi telah melakukan perbincangan bersama pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu(Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol) untuk sebarang keperluan rasmi yang perlu dilakukan bersama. Oleh yang sedemikian, PRNT melalui pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu ingin memohon perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu untuk PRNT mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.

Untuk rekod, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin turut telah memperkenankan untuk turut sama beraksi membantu pasukan ragbi negeri Terengganu dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong 2017.

b) Persediaan program pembangunan akar umbi sukan ragbi negeri Terengganu
Rentetan kejayaan demi kejayaan yang telah dicipta oleh pasukan ragbi negeri Terengganu sejajar dengan perkembangan ragbi tanah air semasa yang mula mendapat perhatian, PRNT kini mengorak langkah dalam persediaan melaksanakan program pembangunan akar umbi sukan ragbi di negeri ini. Program pembangunan akar umbi ini penting untuk memastikan bakat-bakat muda anak jati negeri Terengganu ini tidak disia-siakan. Melalui program ini juga sudah pasti merupakan platform persediaan buat pasukan negeri untuk berentap di pentas kejohanan tertinggi sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

c) Persediaan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Piala Agong, Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan, Kejohanan Ragbi Liga Super Kesatuan Ragbi Malaysia dan Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti.
Pihak PRNT sememangnya memerlukan sokongan penuh dari pihak Kerajaan Negeri Terengganu dalam membuat persediaan pasukan bagi mewakili negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan mahupun yang lebih tinggi. Hasrat PRNT adalah untuk melakukan transformasi dari satu pasukan bertaraf amatur pada pasukan profesional. Pencapaian memberansangkan dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini dengan persediaan pasukan mengikut kemampuan membuktikan pasukan negeri ini mampu untuk pergi lebih jauh. Oleh yang sedemikian PRNT memerlukan sokongan penuh dari pelbagai pihak khususnya Kerajaan Negeri dalam memperkasakan pasukan seperti memberi sokongan dan kemudahan untuk program-program latihan berprestasi tinggi dan lain-lain aspek persediaan pasukan.

d) Memperkasakan Akademi Ragbi Negeri Terengganu
Akademi Ragbi Negeri Terengganu (ART) yang mula beroperasi sejak 2015 kini dalam proses transformasi untuk memastikan terus kukuh menjadi platform pembangunan sukan ragbi di negeri ini. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman bertempat di Batu Buruk merupakan pusat operasi dan latihan sepenuh masa bagi pelatih akademi ini yang dibarisi para pelajar sekolah itu seawal usia 13 tahun sehingga 17 tahun. PRNT telah merangka satu plan jangka panjang untuk memberi kesinambungan dan masa depan para pelatih akademi ini setelah tamat persekolahan. Langkah ini perlu demi memastikan masa depan bakat-bakat pelatih yang telah menjalani latihan sekian lama agar tidak disia-siakan begitu sahaja tanpa perhatian dari pihak berwajib.

e) Mewujudkan Akademi Ragbi Wanita Negeri Terengganu
Rentetan fenomena kejayaan pasukan ragbi wanita di pentas Sukan SEA 2017 dan kejayaan pasukan ragbi wanita negeri Terengganu menjadi johan di pentas Kejohanan Ragbi Wanita 7 Sepasukan 2018, PRNT melihat prospek yang tinggi bagi keperluan untuk mewujudkan akademi ragbi wanita di negeri ini. Buat masa ini, belum ada mana-mana akademi ragbi wanita di peringkat negeri telah ditubuhkan melainkan hanya di peringkat kelab. Oleh yang sedemikian menjadi tanggungjawab PRNT selaku badan induk sukan ragbi di negeri ini untuk menyediakan platform bagi atlet ragbi wanita.

f) Penjenamaan semula Persatuan Ragbi Negeri Terengganu
Sejak sekian lama penubuhan Persatuan Ragbi Negeri Terengganu pada 13 Mei 1980, kini PRNT perlu melakukan perubahan besar-besaran sama ada dari peringkat bawah termasuk proses penjenamaan semula persatuan sukan ragbi induk di negeri ini. Penjenamaan semula ini adalah secara lansung untuk memberi transformasi persatuan sukan yang dilihat sebagai persatuan sukan bertaraf amatur kepada profesional.

Untuk rekod, Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu; Encik Amir Amri Muhammad juga merupakan Naib Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia. Setelah menimba pengalaman untuk terlibat dalam pengurusan persatuan induk peringkat kebangsaan kini sudah sampai masanya untuk memberi fokus penambahbaikan bagi persatuan ragbi negeri ini.

Oleh yang sedemikian dalam proses penjenamaan semula PRNT, pihak persatuan sedang merancang untuk mengadakan satu kejohanan ragbi peringkat antarabangsa yang akan diadakan di negeri Terengganu pada tahun 2019 nanti.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X