PenyuSukandotcom – Terengganu Tuan Rumah Kejohanan Ragbi MSSM 2019

Seramai 694 atlet dan pegawai pasukan ragbi seluruh negara akan berkampung di negeri ini untuk berentap dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2019(MSSM 2019) yang akan berlangsung selama 6 hari bermula dari 3 Ogos sehingga 8 Ogos 2019. Kejohanan ragbi Majlis Sukan Sekolah(MSS) yang bertaraf kebangsaan bagi peringkat umur murid-murid sekolah ini juga turut disertai sepenuhnya oleh 3 kontijen dari Wilayah Persekutuan iaitu MSS Wilayah Persekutan Kuala Lumpur, MSS Wilayah Persekutan Putrajaya dan MSS Wilayah Persekutan Labuan.

HUBUNGI KAMI

X