Pengenalan Sukan Pelayaran Kepada Anak Negeri Terengganu

Tasik Kompleks Sukan Gong Badak yang terletak di Kuala Nerus mencipta sejarah dalam sukan pelayaran negeri Terengganu apabila pertama kali dianjurkan di sini. Kredit Foto - https://www.facebook.com/TerengganuWindsurfingSA
Tasik Kompleks Sukan Gong Badak yang terletak di Kuala Nerus mencipta sejarah dalam sukan pelayaran negeri Terengganu apabila pertama kali dianjurkan di sini. Kredit Foto – https://www.facebook.com/TerengganuWindsurfingSA

Bermula pada 21 Disember sehingga 26 Disember 2018 ini, Persatuan Pelayaran negeri Terengganu (TESA) dan Persatuan Luncur Layar negeri Terengganu (TWSA) sedang giat mempromosikan pengenalan sukan pelayaran kepada orang ramai khususnya penduduk sekitar negeri Terengganu umumnya. Tasik Kompleks Sukan Gong Badak yang terletak di Kuala Nerus mencipta sejarah apabila pertama kali sukan ini diadakan di sini. Sekaligus menjadi tarikan menarik kepada setiap pengunjung yang beriadah mahupun untuk aktiviti bersama keluarga.

Program yang dinamakan ‘My Try layar de Tasik’ adalah hasil rentetan kejayaan program ‘My Try Layar 2018’ iaitu program pencarian bakat bagi persiapan atlet SUKMA yang telah berlansung pada 15 Oktober sehingga 15 November 2018 yang lalu. Selain itu ianya juga adalah serampang dua mata buat persatuan sukan air ini untuk menambah dana dalam persiapan pasukan menempuhi beberapa siri kejohanan di mana meletakkan sasaran utama di pentas Sukan Malaysia(SUKMA) 2020 di Johor nanti.





Program 'My Try layar de Tasik' adalah program pengenalan sukan pelayaran kepada orang ramai menjadi serampang dua mata untuk mengutip dana buat persatuan induk sukan air di negeri Terengganu ini. Kredit Foto - https://www.facebook.com/TerengganuWindsurfingSA
Program ‘My Try layar de Tasik’ adalah program pengenalan sukan pelayaran kepada orang ramai menjadi serampang dua mata untuk mengutip dana buat persatuan induk sukan air di negeri Terengganu ini. Kredit Foto – https://www.facebook.com/TerengganuWindsurfingSA

Hala tuju tidak hanya ternoktah di situ malah turut mengintai peluang untuk pertama kali anak jati negeri Terengganu mendapat slot kelayakan Olimpik 2024 nanti. Segalanya sudah pasti mampu untuk direalisasikan sekiranya perancangan awal yang teratur dan mempunyai program pembangunan dari peringkat akar umbi yang mantap dan berterusan.

Bayaran sebanyak RM10 dikenakan untuk tempoh perlayaran 60 minit yang dijalankan dalam dua sesi sudah pasti menjanjikan kepuasan yang terbaik bagi mereka yang ingin mencuba sukan ini. Optimist, Laser’s, International 420 dan Windsurfing adalah diantara jenis kelas bot yang ditawarkan dalam program ini. PenyuSukan melihat nilai bayaran yang dikenakan ini adalah teramat berbaloi dengan segala kemudahan dan keparakan yang diberikan pada masa yang sama untuk membantu persatuan ini.

Selain dari program pengenalan sukan ini, turut bakal berlansung adalah kejohanan liga sukan pelayaran bagi sepanjang tahun 2019 untuk 10 siri penganjuran kejohanan. Penganjuran kejohanan yang diberi nama ‘Liga Layar TSDL’ akan bermula seawal pada 27 sehingga 30 Disember 2018 untuk siri 1 bertempat di tasik Kompleks Sukan Gong Badak ini sebelum ke lain-lain venue kejohanan.

Kejohanan Liga TSDL (Terengganu Sailing Development League) yang menawarkan sistem kutipan mata untuk menentukan tangga kedudukan para atlet dilihat satu platform terbaik yang secara tidak lansung menjadi serampang dua mata bagi program pembangunan sukan di negeri Terengganu. Liga layar ini mempertandingan kategori bagi semua kelas bot di mana terbuka kepada semua atlet Program Pembangunan Sukan Negeri Terengganu termasuk peserta yang telah menyertai program My Try Layar 2018 baru-baru ini.

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan sebarang program mahupun kejohanan yang dijalankan tanpa sebarang tiket dikenakan. Sebarang maklumat lanjut sila hubungi – abdulraniidris@gmail.com atau lawati https://www.msiasailing.org . Sebarang perkembangan terkini juga boleh dilihat di laman Facebook Rasmi – Facebook.com/TerengganuWindsurfingSA

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X