Penganjuran Kejuaraan Rali Terengganu 2018 Bertaraf Antarabangsa!

2018 Malaysian Rally Championship Rali Terengganu 2018 - LogoPenganjuran Kejuaraan Rali Terengganu 2018 rata-rata mendapat pujian dari pelbagai pihak khususnya pelumba yang melihat penganjuran ini bertaraf antarabangsa. Malah penganjuran ini juga turut mendapat pujian di mana ianya setaraf dengan penganjuran Kejuaraan Rali Asia Pasifik. Terengganu International Endurance Park (TIEP) terletak di Lembah Bidong, Setiu sememangnya mampu memberi cabaran sebenar yang amat didahagakan oleh setiap pelumba jentera rali.





Pelbagai bentuk muka bumi seperti kawasan berpaya, jalan bertar dan tanah gambut berpasir di tepi pesisir pantai menjadikan pakej lengkap yang perlu dirungkai untuk memburu kejayaan. Penganjuran sulung yang telah berlansung dalam musim hujan monsun pantai timur sudah pasti menjadi satu pengalaman terbesar penuh cabaran buat para pelumba yang bertanding. Sekaligus menjadi satu kenangan terbaik untuk menutup tirai kalendar perlumbaan tahun ini setelah dua siri perlumbaan telah berlansung di Johor dan Perlis.

Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli merasmikan kejuaraan perlumbaan Rali Terengganu 2018 dengan menyempurnakan acara flag-off para pelumba yang akan berentap di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu bermula 14 sehingga 15 Disember 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli merasmikan kejuaraan perlumbaan Rali Terengganu 2018 dengan menyempurnakan acara flag-off para pelumba yang akan berentap di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu bermula 14 sehingga 15 Disember 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Menambah menarik, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenan mencemar duli merasmikan kejuaraan perlumbaan ini sekaligus meletakkan penganjuran Kejuaraan Rali Terengganu 2018 pada satu penanda aras yang tinggi. Penganjuran yang mendapat sokongan penuh dari pihak Kerajaan Negeri Terengganu dan lain-lain agensi berkaitan melengkapkan lagi status penganjuran.

Aksi pelumba berpengalaman besar dalam sukan perlumbaan rali; Karamjit Singh dan penunjuk arah Daveender Singh membuktikan jentera Proton Gen 2 dari MRU Motorsports Team mampu mencatat masa terpantas dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Aksi pelumba berpengalaman besar dalam sukan perlumbaan rali; Karamjit Singh dan penunjuk arah Daveender Singh membuktikan jentera Proton Gen 2 dari MRU Motorsports Team mampu mencatat masa terpantas dalam perlumbaan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Sememangnya pujian harus diberikan kepada agensi-agensi berkaitan apabila memberi komitmen yang tinggi untuk memastikan kelancaran penganjuran tanpa mengira masa dan cuaca. Penganjuran yang berlansung dalam cuaca buruk di musim hujan monsun pantai timur ini sedikit sebanyak telah memberi cabaran semaksima mungkin kepada setiap pelumba malah di pihak penganjur itu sendiri.

Berikut petikan-petikan ucapan yang disampaikan kepada pemberita:

“Kita berpuas hati dengan penganjuran ini apatah lagi ianya kali pertama dan memang kita harap ia dapat diteruskan lagi di Terengganu ini.. Soal tempat kita serahkan kepada pihak penganjur..sebab kita (akan) bagi tempat yang lebih mencabar lagi selepas ini!” – Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim.

“Penganjuran tiada masalah malah terbaik! Sememangnya penganjuran Rali Terengganu ini boleh dikatakan setaraf dengan penganjuran Kejuaraan Rali Asia Pasifik. Hanya cuaca menjadi cabaran terbesar buat kami selaku penganjur dan sudah pasti juga para pelumba. Kami mendapat sokongan lebih dari 100% yang diberikan oleh pihak Kerajaan Negeri Terengganu dan agensi-agensi berkaitan yang turut memberi komitmen yang tinggi. Terima kasih saya ucapkan.” – Pengarah Kejuaraan Rali Malaysia; Y.M Tengku Shaharin Abu Bakar

“Kalau cuaca terang..memang sini tempat best untuk rali.. i suka..i harap tahun depan i datang balik.” – 3x Juara Kejuaraan Rali Asia Pasifik; Karamjit Singh

“So far Terengganu memang paling best sekali!” – Pelumba rali wanita anak jati negeri Terengganu; Nazatul Shima Mamat dari pasukan OTFT Rally Team

“Dia punya trek..kalau kering..Memang ‘A’ ..Bagus! Kita dengan harapan..tahun depan..akan dapat buat di Terengganu lagi.” – Pelumba rali sepenuh masa anak jati negeri Terengganu; Muhammad Syakirin Razaki dari pasukan OTFT Rally Team

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X