Pelumba Asia Kembali Ke Litar Motocross Gong Badak


Litar Motocross Kompleks Sukan Gong Badak sekali lagi mendapat kepercayaan penganjuran Kejuaraan Motocross Asia 2018 untuk kali ke-6 bakal berlansung pada 26 hingga 28 April ini. Perlumbaan ini juga turut mendapat pengiktirafan dari pihak FIM(Fédération Internationale de Motocyclisme) selaku badan induk sudah pasti bakal mempamerkan saingan sengit di antara pelumba-pelumba dari pelbagai negara. Untuk edisi tahun ini sebanyak 13 negara telah mengesahkan penyertaan di mana empat pelumba negara turut beraksi dalam kategori utama MX2.

Penganjuran ini juga turut mempertaruhkan pelumba wanita untuk beraksi dalam kategori Junior MX 85cc/Asian Women Championship di mana kategori ini bakal menjadi acara pembukaan perlumbaan peringkat asia pada 27 April(Jumaat) nanti. Selain perlumbaan kejuaraan motocross asia yang menjadi acara utama, turut berlansung adalah Kuala Terengganu Motocross Challenge 2018 mempertaruhkan bakat pelumba-pelumba tempatan bagi kategori Cubcross Open, CKD Open, MX 125 dan MX Open. Kejuaraan domestik ini bakal berlansung seawal jam 0835 pagi pada 28 April(Sabtu) ini di mana kategori Cubcross Open bakal membuka tirai.





Untuk rekod, pertama kali penganjuran perlumbaan bertaraf asia di litar ini adalah pada tahun 2011. Pada edisi tahun lalu seramai 98 pelumba dari 11 negara telah menyertai kejohanan ini di sini di mana Sean Lipanovich dari Guam menjuarai kategori utama MX2. Orang ramai di jemput hadir untuk menyaksikan perlumbaan bertaraf asia ini di mana tiada sebarang tiket dikenakan sepanjang penganjuran ini berlansung.

Jadual Kejuaraan Motocross Asia 2018 (2018 FIM Asian Motocross Championship)



SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X