Marjan Abdullah Terus Perkasa Judo Terengganu

“Sememangnya kami bersedia sepenuhnya untuk menyertai sebarang kejohanan domestik mahupun di peringkat antarabangsa di mana persiapan pasukan telah dilakukan sejak sekian lama.”, ujar anak jati Paka yang kini ketua jurulatih Persatuan Judo Negeri Terengganu.

Sebaik tamat tugasan selaku ketua jurulatih pasukan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Marjan Abdullah kini kembali memberi fokus kepada pasukan negeri tanah tumpah darahnya untuk persiapan ke temasya Sukan Malaysia(SUKMA) 2018 di Perak nanti. Anak jati Paka yang berusia 32 tahun ini mula membimbing pasukan judo negeri Terengganu sejak tahun 2006 dalam usaha persiapan sebagai pasukan tuan rumah bagi SUKMA 2008 ketika itu.

Walaupun sukan judo ini kali terakhir dipertandingkan di peringkat SUKMA pada 2013, namun skuad Penyu ini tetap gigih meneruskan rutin latihan sepanjang tahun hingga kini. Sokongan penuh dari pihak Majlis Sukan Negeri Terengganu sejak sekian lama memastikan para atlet dan Persatuan Judo Terengganu ini terus lestari walaupun tidak dipertandingkan di peringkat SUKMA sejak sekian lama mahupun tanpa sebarang penyertaan kejohanan besar.





Kini terdapat atlet senior negeri ini yang telah berlatih selama 5 tahun di bawah kendalian Marjan Abdullah bersedia untuk memberi saingan padu di SUKMA Perak nanti. Hasil program pembangunan sukan ini di negeri Terengganu seawal di peringkat usia 13 bakal memberi kelebihan untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi lagi. Namun kekurangan penganjuran kejohanan yang kompetitif khususnya di peringkat tinggi ketika ini mungkin bakal merencatkan perjalanan masa depan karier atlet – atlet profesional ini.

Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu menjadi pusat latihan atlet Persatuan Judo Negeri Terengganu.

“Sememangnya kami bersedia sepenuhnya untuk menyertai sebarang kejohanan domestik mahupun di peringkat antarabangsa di mana persiapan pasukan telah dilakukan sejak sekian lama. Persiapan kami untuk SUKMA 2018 kini hampir ke fasa akhir latihan di mana kami mulakan sesi latihan seawal 0645 pagi berakhir 0600 petang.” ujar Marjan Abdullah yang ditemui ketika sesi latihan di Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Untuk rekod, sejak Marjan Abdullah ditugaskan untuk membimbing pasukan negeri ini telah banyak kejayaan dirangkul meletakkan negeri ini menjadi salah satu kuasa besar sukan judo di dalam negara. Baltulga Dashgobol yang kini merupakan jurulatih pasukan Olimpik Mongolia merupakan individu yang membimbing beliau di dalam arena sukan ini. Terkini di peringkat kebangsaan dalam Kejohanan Judo Kebangsaan ke-55 pada Mac 2017 lalu sekali lagi berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ke-7. 8 Pingat emas, 5 pingat perak dan 6 pingat gangsa berjaya diperolehi setelah menewaskan 11 pasukan lain dalam kejohanan itu yang telah berlansung di Dewan Majlis Sukan Negeri Terengganu.

Pasukan judo negeri Terengganu kini diperkasa oleh seramai 20 atlet utama dan selebihnya adalah atlet muda dari program pembangunan di bawah kendalian tiga jurulatih termasuk Marjan Abdullah sendiri. Ketua jurulatih ini juga optimis meletakkan sasaran awal dengan kutipan 5 pingat emas di temasya SUKMA Perak 2018 nanti.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X