Liga Layar Terengganu Terima Kunjungan MSS Pahang

Kontijen sukan pelayaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang telah berkampung selama 4 hari bertempat di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu untuk program Sirkit 1 Sukan Pelayaran MSS Pahang. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Kontijen sukan pelayaran Jabatan Pendidikan Negeri Pahang yang telah berkampung selama 4 hari bertempat di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu untuk program Sirkit 1 Sukan Pelayaran MSS Pahang. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Seramai 52 murid-murid sekolah dari beberapa daerah sekitar negeri Pahang telah berkampung selama 4 hari bertempat di Duyong Marina Resorts, Pulau Duyong, Kuala Terengganu untuk turut serta bersama dalam program Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019. Kejohanan yang telah berlansung pada 28 sehingga 3 Mac 2019 lalu telah dijadikan platform oleh Majlis Sukan Sekolah Negeri Pahang(MSS Pahang) bagi menganjurkan Sirkit 1 Sukan Pelayaran MSS Pahang. Jalinan kerjasama program pembangunan akar umbi di antara dua negeri ini dilihat satu langkah yang terbaik demi masa depan sukan pelayaran ini.

Rata-rata peserta yang hadir adalah murid-murid sekolah seawal usia darjah 1 sehingga tingkatan 3 merupakan bakat-bakat yang telah dicungkil melalui program pembangunan yang dijalankan oleh MSS Pahang. Berpusat di SK Cherating tidak memberi halangan untuk adik-adik cilik ini yang rata-rata hadir dari daerah-daerah seperti Kuantan, Pekan, Maran Jerantut malah ada yang sejauh dari Bentong, Bera dan Rompin.





Wajah-wajah peserta program Sirkit 1 Sukan Pelayaran MSS Pahang berusia di antara 6 sehingga 15 tahun dari pelbagai daerah dalam negeri Pahang. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Wajah-wajah peserta program Sirkit 1 Sukan Pelayaran MSS Pahang berusia di antara 6 sehingga 15 tahun dari pelbagai daerah dalam negeri Pahang. Kredit Foto – PenyuSukan.com

MSS Pahang kini dalam rangka mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Kejohanan Pelayaran Majlis Sukan Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) yang dijangkan akan diadakan pada bulan Ogos nanti.

Terengganu menjadi negeri singgahan kedua buat kontijen dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang ini di mana sebelum ini turut menganjurkan program yang sama di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jalinan program kerjasama dan juga merupakan siri kejohanan sukan pelayaran bagi negeri Pahang ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan kos penganjuran di samping memberi pendedahan dan cabaran berbeza bagi setiap atlet. Kelebihan ini juga turut memberi pendedahan kepada atlet untuk bersaing dalam kelompok yang lebih besar di antara dua negeri hasil dari program latihan yang berbeza. Oleh yang sedemikian sekaligus memberi pengalaman kepada setiap peserta untuk beraksi di peringkat kebangsaan.

Pegawai Teknik & Pembangunan Sukan(PTPS) Pelayaran Negeri Pahang; Khairul Azizi bin Abdul Aziz mengetuai rombongan kontijen sukan pelayaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk turut sama dalam program Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pegawai Teknik & Pembangunan Sukan(PTPS) Pelayaran Negeri Pahang; Khairul Azizi bin Abdul Aziz mengetuai rombongan kontijen sukan pelayaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk turut sama dalam program Kejohanan Liga Layar Terengganu LLT-TSDP Siri 3 2019. Kredit Foto – PenyuSukan.com

“Pertama sekali ingin saya mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menerima kami malah turut membantu menyediakan bot-bot untuk kejohanan. Walaupun tanpa kelengkapan lain seperti set pelayaran namun ianya sudah amat membantu meringankan bebanan kos logistik kepada kami. Kami hanya perlu membawa lain-lain kelengkapan pelayaran yang diperlukan yang sememangnya kami tersedia ada. Sukan ini sememangnya memerlukan kos penganjuran yang tinggi oleh yang sedemikian jalinan kerja sama ini merupakan salah satu serampang dua mata yang terbaik.”; ujar Khairul Azizi bin Abdul Aziz selaku Pegawai Teknik & Pembangunan Sukan(PTPS) Pelayaran Negeri Pahang dan juga merupakan Guru Besar di Sekolah Kebangsaan Cherating, Pahang.

Beliau juga turut mengulas bahawa lokasi penganjuran yang terletak di pintu muara Sungai Terengganu merupakan lokasi terbaik untuk program pembangunan sukan pelayaran ini berikutan kawasan yang luas dan perairan yang tenang tanpa ombak besar. Kelebihan ini sememangnya menjadi satu faktor terbaik untuk memberi pendedahan awal kepada pelayar-pelayar muda yang baru menceburi sukan ini.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X