Kontijen Tuan Rumah Dominasi Kejohanan Boling Padang Asia

Pasukan kebangsaan Malaysia B turut disertai oleh anak jati Kuala Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal(berdiri dua dari kiri) selaku juara Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) dan juga turut meraih juara bagi kategori mixed triples. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pasukan kebangsaan Malaysia B turut disertai oleh anak jati Kuala Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal(berdiri dua dari kiri) selaku juara Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018) dan juga turut meraih juara bagi kategori mixed triples. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pasukan kebangsaan Malaysia B yang mengutip kutipan margin tertinggi dinobatkan selaku juara Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Menambah manis pasukan tuan rumah yang dibarisi oleh anak muda Terengganu yang akan berentap di temasya Sukan Malaysia(SUKMA) di Perak nanti turut meraih tempat ke-2. Kejayaan pasukan SUKMA Lawn Bowls negeri ini turut juga turut berjaya menafikan Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) yang berada di tempat ke-3.

Malaysia B juga meraih juara bagi kategori mixed triples di mana pasukan ini turut disertai oleh anak jati Kampung Ladang, Kuala Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal. Kategori ini memperlihatkan penguasaan penuh kontijen tuan rumah di mana pasukan Malaysia A(pasukan kebangsaan) meraih di tempat ke-2 dan diikuti oleh Malaysia C(pasukan kebangsaan) dan Malaysia E(pasukan SUKMA Terengganu) berkongsi kedudukan di tempat ke-3. Untuk kategori mixed pairs memperlihatkan negara-negara kuasa besar sukan ini mendominasi kejohanan, pasukan penuh berpengalaman iaitu Thailand A menjadi juara diikuti oleh Philippines B di tempat ke dua.





Pasukan Thailand dinobatkan selaku juara pasukan terbaik dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Sebanyak 11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan Malaysia telah berentap selama 4 hari di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, Terengganu. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pasukan Thailand dinobatkan selaku juara pasukan terbaik dalam Kejohanan Boling Padang Beautiful Terengganu Malaysia Regu Campuran Asia 2018(Asian Lawn Bowls Beautiful Terengganu Malaysia Mixed Team Championship 2018). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Manakala Malaysia B(pasukan kebangsaan) dan China A berkongsi kedududukan di tempat ke-3. Kategori Mixed fours diberikan penguasaan kontijen tuan rumah di mana pasukan Malaysia C(pasukan kebangsaan) menjadi juara diikuti oleh pasukan Malaysia A(pasukan kebangsaan) manakala Malaysia D(SSTMI) berkongsi kedudukan tempat ke-3 bersama Thailand A. Thailand A turut dinobatkan selaku pasukan terbaik diikuti oleh pasukan Malaysia B(pasukan kebangsaan) di tempat ke-2 dan Malaysia D(SSTMI) di tempat ke-3.

Pasukan lawn bowls Pakistan bersama Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia; Datuk Wan Nawawi Wan Ismail(empat dari kiri) yang juga Presiden Persatuan Lawn Bowls Negeri Terengganu dan Naib Presiden Lawn Bowls Asia bersama Ketua Unit Pembangunan Organisasi Majlis Sukan Negeri Terengganu; Pn. Noor Kumalasari Binti Jamel(pertama dari kiri). Kredit Foto - PenyuSukan.com
Pasukan lawn bowls Pakistan bersama Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia; Datuk Wan Nawawi Wan Ismail(empat dari kiri) yang juga Presiden Persatuan Lawn Bowls Negeri Terengganu dan Naib Presiden Lawn Bowls Asia turut bersama Ketua Unit Pembangunan Organisasi Majlis Sukan Negeri Terengganu; Pn. Noor Kumalasari Binti Jamel(pertama dari kiri). Kredit Foto – PenyuSukan.com

Kejohanan Boling Padang Asia ini telah berlansung selama 4 hari bermula pada 25 Ogos lalu di mana menutup tirai pada 28 Ogos 2018. Sebanyak 11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan pasukan tuan rumah menjadi pasukan terawal “merasmikan” Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak yang baru siap dinaiktaraf. Kemudahan berbumbung dan mempunyai sistem pencahayaan serta sistem audio mengikut piawai penganjuran antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada setiap pasukan bertanding.

Kejohanan Boling Padang Asia ini telah berlansung selama 4 hari bermula pada 25 Ogos lalu di mana menutup tirai pada 28 Ogos 2018. Sebanyak 11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan pasukan tuan rumah menjadi pasukan terawal "merasmikan" Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak yang baru siap dinaiktaraf. Kemudahan berbumbung dan mempunyai sistem pencahayaan serta audio mengikut piawai penganjuran antarabangsa merupakan satu kelebihan kepada setiap pasukan bertanding. Kredit Foto - PenyuSukan.com
Kejohanan Boling Padang Asia ini telah berlansung selama 4 hari bermula pada 25 Ogos lalu di mana menutup tirai pada 28 Ogos 2018. Sebanyak 11 pasukan terdiri daripada negara China, Hong Kong, Korea, Macau, Pakistan, Sri Lanka, Filipina, Brunei, Thailand, Singapura dan pasukan tuan rumah. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Pada majlis penutup dan penyampaian hadiah yang telah berlansung, turut diumumkan senarai nama pemain kebangsaan yang akan mewakili negara ke Kejohanan Boling Padang Asia di China pada 10 hingga 17 Oktober nanti. Pemain kebangsaan kelahiran negeri Terengganu; Mohd Fairuz Abdul Jabal telah terpilih untuk membawa cabaran ini begitu juga pemain muda Muhammad Idham Amin Ramlan bakal bakal berentap untuk acara bawah 25 tahun. Pengumuman ini telah diumumkan oleh Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia; Datuk Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Naib Presiden Lawn Bowls Asia dan Presiden Persatuan Lawn Bowls Negeri Terengganu.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X