Kejuaraan Rali Terengganu 2018: Perlumbaan Terhenti Disebabkan Cuaca Buruk

2018 Malaysian Rally Championship Rali Terengganu 2018 - LogoCuaca buruk musim hujan monsun pantai timur sememangnya menjadi satu cabaran terbesar khususnya buat pelumba rali yang hadir ke negeri Terengganu ini. Rata-rata pelumba yang ditemui berpendapat perlumbaan ini sememangnya paling mencabar dalam sepanjang kalendar penganjuran Kejuaraan Rali Malaysia.





Kuasa jentera bukan lagi menjadi faktor utama untuk memburu kejuaraan malah kemahiran pemanduan dan percaturan tepat pada jentera serta pengalaman para pelumba bakal menjadi pertaruhan dalam pusingan akhir Kejuaraan Rali Malaysia 2018 ini.

Beberapa litar peringkat cabaran yang dibanjiri air setelah hujan lebat sebelumnya menyebabkan litar tersebut terpaksa dibatalkan. Litar SS TIEP-Beachfront yang terletak berhampiran dengan pantai antara yang terjejas teruk. Rata-rata pendahulu perlumbaan berjaya melepasi halangan bernasib baik berbanding pelumba yang berada di belakang.

Litar SS TIEP-Beachfront menjadi ujian besar buat pelumba-pelumba Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Litar SS TIEP-Beachfront menjadi ujian besar buat pelumba-pelumba Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Malah disebabkan terdapat beberapa jentera pelumba tidak dapat meneruskan perlumbaan setelah terbenam teruk di dalam lumpur maka perlumbaan terpaksa ditamatkan lebih awal. Oleh yang sedemikian pihak penganjur terpaksa memendekkan jarak perlumbaan dan menambah 3 peringkat cabaran yang perlu ditempuhi pada hari kedua perlumbaan.

Ezamin Ezham Ismail bersama Amirul Zahri Sazali dari pasukan One Motorsports BDRT merupakan pencabar tunggal mempertaruhkan jentera Perodua Kelisa dalam kategori P9 untuk pacuan 4 roda(4WD) bagi Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Ezamin Ezham Ismail bersama Amirul Zahri Sazali dari pasukan One Motorsports BDRT merupakan pencabar tunggal mempertaruhkan jentera Perodua Kelisa dalam kategori P9 untuk pacuan 4 roda(4WD) bagi Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

“Walaupun banjir banyak.. hendak atau tidak kami perlu teruskan perlumbaan. Nasib baik kami dapat melepasi cabaran tersebut.”, ujar pelumba Ezamin Ezham Ismail dari pasukan One Motorsports BDRT yang menggunakan jentera pacuan 4 roda Perodua Kelisa

TIEP yang sinonim dengan venue penganjuran sukan berkuda lasak kini pertama kali menjadi venue penganjuran untuk sukan lain. Selain lokasi yang terletak berhampiran dengan pantai, pelbagai bentuk muka bumi seperti kawasan berpaya, tanah gambut dan jalan bertar di antara cabaran yang menanti. Terengganu menjadi destinasi terakhir menutup tirai kalendar perlumbaan untuk tahun ini setelah dua siri perlumbaan telah berlansung di Johor dan Perlis. Kali terakhir perlumbaan rali diadakan di negeri ini adalah pada tahun 2010 yang telah berlansung di ladang TDM Berhad, Sungai Tong.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X