Jelajah Semenanjung 2019: Pelumba Bukan Pilihan Beri Kejutan

Pelumba Elchin Asadov(dua kiri) dari pasukan Azerbaijan meraih tempat pertama untuk cabaran peringkat pertama Jelajah Semenanjung 2019 untuk menafikan pelumba dari pasukan Team Sapura Cycling; Cristian Raileanu(kiri) di tempat kedua. Manakala pelumba dari pasukan kebangsaan; Muhammad Danieal Haikkal Edy Suhaidee memberi kejutan untuk berada di tempat ke-3. Kredit Foto – Agensi

Kejutan berlaku pada hari pertama Jelajah Semenanjung 2019 (Tour of Peninsular 2019) apabila pelumba bukan pilihan, Elchin Asadov dari skuad kebangsaan Azerbaijan muncul juara. Dia secara bersendirian melintasi garisan penamat di Dataran Shahbandar selepas meninggalkan pelumba yang lain dengan masa 3 jam 57 minit 26 saat untuk bergelar juara Peringkat 1.

Pelumba Azerbaijan; Elchin Asadov raih tempat pertama untuk cabaran peringkat pertama perlumbaan Jelajah Semenanjung 2019(Tour of Penisular 2019) dengan catatan masa 3 jam 57 minit 26 saat bagi kayuhan sejauh 180.6 kilometer. Kredit Foto – Agensi

“Kami baru tiba malam tadi…perjalanan yang panjang dan sukar selepas bergegas ke sini kerana terbabit dengan perlumbaan di Turki. Saya fikir sekitar 11 jam perjalanan.





“Ini bukan kali pertama saya di sini kerana pernah beberapa kali bersaing di Malaysia ketika bersama Baku Cycling Project yang turut menampilkan Anuar (Manan). Saya gembira dengan kejayaan ini, terima kasih kepada pihak penganjur menjemput kami ,” ujarnya.

Jersi kuning selaku pendahulu perlumbaan peringkat pertama Jelajah Semenanjung 2019 milik pelumba Elchin Asadov(kiri) dari pasukan Azerbaijan manakala Perebutan jersi merah di zon pendakian milik pelumba kelahiran Indonesia; Aiman Cahyadi dari pasukan PGN Road Cycling Team. Kredit Foto – Agensi

Menurutnya dia akan cuba mengekalkan jersi kuning walaupun sedar saingan sukar terutamanya di Cameron Highlands nanti. Pelumba tempatan turut mencuri tumpuan pada Peringkat 1 apabila Muhammad Danieal Haikkal Edy Suhaidee meraih tempat ketiga di belakang Cristian Raileanu dari Team Sapura Cycling (TSC) yang muncul naib juara di Dataran Shahbandar. Danieal Haikkal yang mewakili skuad kebangsaan muncul menyarung jersi pelumba terbaik Asia (jersi putih).

“Kami cuba melakukan sesuatu hari ini dan akhirnya berjaya. Ia permulaan yang baik kepada saya kerana ia kejayaan podium pertama sejak mencuba tiga tahun lalu.

“Ia membakar semangat saya untuk melakar lebih kejayaan walaupun sedar bukan mudah terutamanya dengan perlumbaan yang agresif seperti hari ini,” menurutnya.

Jersi pecut diraih pelumba Pro Touch , Rohan Du Plooy selepas mengumpul 18 mata diikiuti Asadov 16 mata dan Mario Vogt 14 mata dari TSC.

Aiman Cahyadi mewakili Pgn Road Cycling Team ungguli jersi merah dengan 4 mata selepas menjuarai zon pendakian di Kg Perlis. Berakhir Peringkat 1 sejauh 180.6km hari ini, perlumbaan Peringkat 2 dari Kuala Terengganu ke Chukai sejauh 157.4km akan diteruskan 20 pasukan bertanding.

Jelajah Semenanjung 2019 anjuran Motoshoot Event Sdn Bhd mempertandingkan lima peringkat perlumbaan serta berada dalam kategori 2.1 Asia Tour.

Muat turun – Jelajah Semenanjung 2019 Tour of Penisular 2019 – Keputusan Penuh Peringkat Pertama – Stage 1 Full Results

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X