Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu tidak lagi menjadi venue kejohanan Liga Hoki Malaysia 2021.
TERKINI (13 JANUARI 2021) – Penundaan Liga Hoki Malaysia
http://penyusukan.com/v1/penundaan-liga-hoki-malaysia/
Liga Hoki Malaysia yang kini memasuki edisi ke-34 tahun penganjuran sejak 1987 akan mempertaruhkan 43 perlawanan pusingan awal melibatkan kategori pasukan lelaki dan wanita. Pada musim ini sebanyak 8 pasukan hoki lelaki dan 6 pasukan wanita akan bersaing untuk merebut piala masing-masing seperti mana musim lalu. Walaubagaimanapun pasukan hoki lelaki dan wanita Hockademy KL tidak dapat membuat penampilan kedua pada musim ini begitu juga Terengganu Ladies Hockey Team(TLHT) yang tidak dapat menghantar pasukan.
Finalis musim lalu, Terengganu Hockey Team(THT) bertemu Sabah bagi aksi perlawanan pembukaan tirai musim ini yang dijadualkan pada 17 Januari 2020 ini. Sabah yang membuat penampilan pertama kali sejak sejarah liga hoki bermula sekaligus mengenapkan 8 pasukan lelaki untuk berentap berikutan Hockademy KL menarik diri.
Penganjuran edisi ke-34 ini juga turut memberi kelainan yang tersendiri di mana mempertaruhkan format kejohanan liga satu pusingan dan semua perlawanan dipertandingkan secara berpusat di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil tanpa kehadiran penonton berikutan prosedur operasi standar (SOP)
yang diperketatkan sepanjang pandemik COVID-19 yang belum bernoktah.
Perlawanan separuh akhir Liga Hoki Malaysia 2021 dijadualkan bermula pada 14 Februari 2020 sebelum tirai kejohanan berlabuh pada 20 Februari 2020.
Muat turun jadual penuh Liga Hoki Malaysia 2021 – Jadual Liga Hoki Malaysia 2020

JADUAL PERLAWANAN LIGA HOKI MALAYSIA 2021
*Jadual perlawanan melibatkan pasukan THT sahaja & semua perlawanan berlangsung di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.
14.01.2021 0600 Petang
SABAH vs TERENGGANU HOCKEY TEAM
17.01.2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI KUALA LUMPUR
21.01.2021 0800 Malam
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
24.01.2021 0800 Malam
MAYBANK vs TERENGGANU HOCKEY TEAM
31.01.2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs TNB THUNDERBOLTS
4.02.2021 0600 Petang
TERENGGANU HOCKEY TEAM vs NURINSAFI HT
7.02.2021 0800 Malam
TNB vs TERENGGANU HOCKEY TEAM
14.02.2021 0800 Malam
SEPARUH AKHIR – PUSINGAN PERTAMA
17.02.2021 0800 Malam
SEPARUH AKHIR – PUSINGAN KEDUA
20.02.2021 0830 Malam
AKHIR