Hanelang 7s Capai Matlamat Persiapan Skuad SUKMA 2020

Hanelang 7s merupakan kejohanan ragbi 7 sepasukan bawah 21 tahun yang julung kali dianjurkan oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu untuk memberi pentas terbaik buat persiapan setiap pasukan ragbi yang akan berentap di pentas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 pada Julai nanti. Kredit Foto – PenyuSukan.com

Penganjuran julung kali kejohanan ragbi 7 sepasukan bawah 21 tahun yang dijenamakan sebagai Hanelang Sevens capai objektif penganjuran bagi memberi pentas terbaik buat persiapan setiap pasukan ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2020) di Johor pada Julai nanti. Sebanyak 57 perlawanan telah berlangsung berjaya menghimpukan 20 pasukan melibatkan 12 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita menjadikan hampir 400 atlet bersama pegawai pasukan telah berkampung selama 2 hari penganjuran di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus ini.

Rata-rata pasukan bertanding memberi maklumbalas positif kepada penganjur memandangkan ketandusan kejohanan ragbi tujuh sepasukan menjelang SUKMA 2020 nanti yang menyasarkan peringkat umur bawah 21 tahun sepenuhnya. Penganjuran seumpana ini amat penting buat pasukan-pasukan khususnya pasukan tuan rumah yang sentiasa dahagakan pendedahan kejohanan sebagai penanda aras semasa buat persiapan pasukan.





Pasukan ragbi wanita Terengganu ‘Hanelang Ladies’ sewaktu penganjuran kejohanan Hanelang 7s yang berlangsung di padang ragbi Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus pada 29 Februari 2020 sehingga 1 Mac 2020. Kredit Foto – BOB SUJAIRI JOHARI/PENYUSUKAN.COM

Tanggungjawab penganjuran digalas oleh Persatuan Ragbi Negeri Terengganu bersama Majlis Sukan Negeri Terengganu selaku pemegang taruh turut mendapat kepercayaan daripada syarikat perkhidmatan telekomunikasi; redONE Network Sdn Bhd yang merupakan penaja utama bagi kejohanan julung kalinya diadakan ini.

Menambah menarik, kejohanan ini juga turut mendapat perhatian daripada pengurusan pasukan ragbi kebangsaan yang turut hadir mengenal pasti pemain-pemain muda untuk diserap dalam persediaan skuad kebangsaan tidak lama lagi. Untuk rekod, pertandingan ragbi wanita 7 sepasukan pertama kali telah dipertandingkan di pentas SUKMA adalah pada edisi lalu iaitu SUKMA Perak 2018.

“Memang begitu berjaya dalam penganjuran bagi persiapan pasukan-pasukan negeri menghadapi SUKMA di Johor. Alhamdulillah sambutan yang begitu mengalakkan bagi setiap negeri menghantar team lelaki baik team perempuan bagi menjayakan tournament yang julung kali diadakan di negeri Terengganu iaitu Hanelang 7s. Saya mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja yang menaja kejohanan pada kali ini.”; ujar Amir Amri Muhammad selaku Timbalan Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia merangkap YDP Persatuan Ragbi Negeri Terengganu.

“Kita boleh tengok peningkatan dari segi sukan ragbi wanita di mana kalau dibandingkan dari tahun 2018 sampai sekarang rata-rata pasukan telah menunjukkan peningkatan yang bagus dan kebanyakkan pemain-pemain boleh bermain dengan baik. Ini menunjukkan lebih banyak mengadakan kejohanan tempatan, ia akan membantu dalam sukan ragbi wanita.”; berkata Tan Thiam Jin yang menggalas tanggungjawab selaku pengurus pasukan ragbi wanita kebangsaan turut hadir ke kejohanan Hanelang 7s ini.

Pada kejohanan ini telah menyaksikan kedua-dua skuad lelaki dan wanita pasukan tuan rumah SUKMA 2020 berjaya mara ke pusingan akhir di mana skuad lelaki berjaya muncul juara setelah menewaskan Perak berkeputusan 24 tanpa balasan.

Manakala skuad wanita Johor dinobatkan selaku naib juara setelah dinafikan oleh Wilayah Persekutuan berkeputusan 20 tanpa balasan. Bertambah manis, kontijem Johor Darul Takzim ini juga turut diumumkan selaku johan keseluruhan sekaligus merangkul piala pusingan Hanelang 7s.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X