Cabaran Hujan Monsun Tutup Tirai Rali Terengganu 2018

Rachmat dan Donny Wardono bersama ahli pasukan MRU Motorsports sewaktu meraikan kejayaan setelah muncul juara dalam Kejuaraan Rali Terengganu 2018 yang telah berlansung selama dua hari bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Rachmat dan Donny Wardono bersama ahli pasukan MRU Motorsports sewaktu meraikan kejayaan setelah muncul juara dalam Kejuaraan Rali Terengganu 2018 yang telah berlansung selama dua hari bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu. Kredit Foto – MalaysianRally.com

2018 Malaysian Rally Championship Rali Terengganu 2018 - LogoHari terakhir perlumbaan Kejuaraan Rali Terengganu 2018 berlansung dalam cuaca buruk hujan lebat seawal pagi memaksa pihak penganjur terpaksa menangguhkan seketika perlumbaan serta membatalkan 5 peringkat cabaran yang perlu ditempuhi setiap pelumba. Keputusan sukar itu diambil setelah terdapat beberapa litar peringkat cabaran telah ditenggelami banjir sepenuhnya. Menjelang tengah hari dalam suasana hujan renyai-renyai, perlumbaan bersambung semula di mana setiap pasukan perlu menamatkan 4 peringkat cabaran perlumbaan dari keseluruhan 9 peringkat cabaran yang dijadualkan.

Aksi pelumba dari Indonesia; Rachmat(pemandu) dan Donny Wardono(penunjuk arah) bersama jentera Mitsubishi Lancer dari pasukan MRU Motorsports dalam Kejuaraan Rali Terengganu 2018 yang telah berlansung selama dua hari bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Aksi pelumba dari Indonesia; Rachmat(pemandu) dan Donny Wardono(penunjuk arah) bersama jentera Mitsubishi Lancer dari pasukan MRU Motorsports dalam Kejuaraan Rali Terengganu 2018 yang telah berlansung selama dua hari bertempat di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Setiu. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Peserta dari Indonesia; Rachmat dan Donny Wardono bersama jentera Mitsubishi Lancer dari pasukan MRU Motorsports muncul juara keseluruhan Rali Terengganu 2018 dengan catatan masa 50 minit 33 saat untuk keseluruhan peringkat cabaran. Rakan sepasukan; Muhammad Rafiq Udhaya dan Mohd Tarmimi Danny Lee bersama jentera Subaru Impreza turut meraih tempat kedua setelah jurang 1 minit 20 saat ketinggalan.





Cuaca tidak menentu sewaktu musim hujan monsun pantai timur antara cabaran Rali Terengganu 2018 yang juga merupakan siri perlumbaan terakhir dalam kalendar tahunan Kejuaraan Rali Malaysia 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Cuaca tidak menentu sewaktu musim hujan monsun pantai timur antara cabaran Rali Terengganu 2018 yang juga merupakan siri perlumbaan terakhir dalam kalendar tahunan Kejuaraan Rali Malaysia 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Manakala pelumba persendirian; Sutan Mustaffa Salihin dan Amiruddin Baharun turut mempertaruhkan jentera Subari Impreza berada di tempat ketiga keseluruhan. Pelumba penuh berpengalaman, Karamjit Singh bersama Daveender Singh sekadar berjaya meraih kedudukan di tempat ke-4 dengan catatan masa 55 minit 22 saat bersama jentera Proton Gen2.

Muhammad Syakirin Razaki(kiri) bersama Amir Izham Abd Aziz dari pasukan OTFT Rally Team merupakan pasukan dari Kuala Terengganu yang turut memberi cabaran dalam dua hari perlumbaan Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Muhammad Syakirin Razaki(kiri) bersama Amir Izham Abd Aziz dari pasukan OTFT Rally Team merupakan pasukan dari Kuala Terengganu yang turut memberi cabaran dalam dua hari perlumbaan Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Manakala pelumba tuan rumah; Muhammad Syakirin Razaki dan Amir Izham Abdul Aziz bersama jentera Proton Satria berjaya meraih di tempat ketiga setelah berentap dalam kategori P9 untuk jentera bawah 1300cc.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang turut disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim. Beliau juga turut menzahirkan kepada pemberita bahawa pihak Kerajaan Negeri Terengganu berpuas hati dengan penganjuran yang telah berlansung ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim(kiri) menerima cenderamata dari Pengurus Kordinator Kejuaraan Rali Malaysia; Mohd Kurnia Abdol Sakor setelah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto - MalaysianRally.com
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin bin Abdul Karim(kiri) menerima cenderamata dari Pengurus Kordinator Kejuaraan Rali Malaysia; Mohd Kurnia Abdol Sakor setelah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejuaraan Rali Terengganu 2018. Kredit Foto – MalaysianRally.com

Kejuaraan Rali Terengganu 2018 yang berlansung dari 14 hingga 15 Disember 2018 merupakan perlumbaan siri ketiga dan penutup dalam kalendar tahunan penganjuran Kejuaraan Rali Malaysia AAM. Seramai 56 pelumba termasuk penyertaan dari negara Indonesia dan Jepun menjadikan keseluruhan 28 buah jenteran perlumbaan menyertai perlumbaan ini. Kali terakhir perlumbaan rali diadakan di negeri ini adalah pada tahun 2010 yang telah berlansung di ladang TDM Berhad, Sungai Tong, Setiu.

 

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X