Boling: Ladies Tournament Terima Sambutan Luar Biasa

Pendaftaran penyertaan 'Ladies Tournament' telah ditutup awal ekoran sambutan luar biasa menyebakan slot penyertaan telah habis dalam waktu singkat.
Pendaftaran penyertaan ‘Ladies Tournament’ telah ditutup awal ekoran sambutan luar biasa menyebakan slot penyertaan telah habis dalam waktu singkat.

Kejohanan boling ‘Ladies Tournament’ bakal berentap pada 2 November 2018 nanti terpaksa menutup pendaftaran peserta lebih awal setelah menerima sambutan luar biasa walaupun baharu beberapa hari diumumkan penganjuran kejohanan ini. Kejohanan sulung anjuran pihak Akademi Penyu Emas(Golden Turtle Academy) turut menawarkan ganjaran wang tunai kepada para pemenang di tempat pertama hingga tempat ke-15. Selain itu hadiah jackpot, cabutan bertuah dan banyak lagi hadiah misteri bakal menanti untuk dibawa pulang oleh para peserta.

Seramai 72 pemain boling bakal berentap di Coral Crown Bowl, Paya Bunga Sentral Kuala Terengganu di mana penganjur mempertandingan dua format permainan iaitu 3 permainan 10 pin dan 2 permainan 9 pin menjadikan keseluruhan 5 permainan yang perlu disertai oleh peserta. Lebih menarik kejohanan ini turut tidak membenarkan penyertaan dari kalangan atlet yang pernah mewakili Sukan Malaysia(SUKMA) pada edisi 2016 dan terkini 2018. Hal ini secara bertujuan memberikan peluang sama rata kepada setiap peserta untuk bertanding yang rata-rata sudah pasti dari kalangan amatur.





Persatuan Tenpin Bowling Daerah Marang selaku persatuan sukan tenpin boling yang aktif di negeri Terengganu turut bekerjasama dengan pihak penganjur untuk memastikan kejohanan ini berlansung mengikut piawai yang telah ditetapkan.

Setiap hadiah ganjaran yang disediakan oleh penganjur sepenuhnya tidak bergantung kepada wang penyertaan sememangnya wajar dipuji. Kejohanan yang mendapat tajaan dari pelbagai pihak korporat secara tidak lansung mengambarkan keyakinan pihak penaja kepada penganjuran. Ismizul proshop(Pembekal peralatan sukan boling beroperasi di Kuala Terengganu), Doktong Sports(Pembekal pakaian sukan yang beroperasi di Kuala Terengganu), Penyu Printing(Pembekal perkhidmatan percetakan di Kuala Terengganu) dan Doktong PopcornEnterprise(Pembekal popcorn caremel dalam negeri Terengganu) merupakan pihak penaja yang telah menjalankan tanggungjawab sosial untuk anak jati negeri Terengganu yang rata-rata peserta kejohanan ini.

Kejohanan ini juga turut mendapat sokongan dan kerjasama dari pihak Persatuan Tenpin Bowling Daerah Marang bagi memastikan setiap aspek penganjuran menepati piawai dan peraturan sukan boling yang telah ditetapkan. Untuk rekod, persatuan ini juga merupakan antara persatuan tenpin boling paling aktif dalam penganjuran kejohanan mahupun program pembangunan sukan boling di negeri Terengganu ini. Manakala Akademi Penyu Emas adalah pelopor dalam penubuhan akademi sukan bowling di negeri Terengganu ini yang ditubuhkan pada 2017.

“Ini adalah kejohanan pertama kali dianjurkan oleh pihak akademi kami. Untuk permulaan, kami bermula dengan kejohanan wanita sahaja dan seterusnnya nanti untuk lelaki dan kemudian kejohanan melibatkan campuran(lelaki & wanita). Tujuan sedemikian adalah untuk memberi peluang sama rata kepada semua para pemain mahupun peminat yang baharu untuk menceburi sukan ini. Selain itu dengan beberapa siri penganjuran dilihat mampu untuk menghidupkan sukan boling di negeri ini.”; ujar Encik Halim bin Puteh selaku pengurus serta jurulatih teknikal Akademi Penyu Emas.

SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

april, 2024

No Events

X