aL-ikhsaN Taja PBSNT Musim 2019

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin turut memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PBSNT. Kredit - Facebook.com/alakh.hisham
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin turut memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PBSNT. Kredit – Facebook.com/alakh.hisham

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau telah mengumumkan bahawa Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd(aL-ikhsaN) adalah penaja bagi Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu(PBSNT) untuk musim hadapan. aL-ikhsaN adalah syarikat bumiputera yang ditubuhkan oleh Ali Hassan Mohd Hassan pada 1993 di Johor Bahru menyasarkan pasaran peruncitan alatan kelengkapan sukan. Tajaan jersi baharu turut akan melibatkan semua pasukan Terengganu Football Club (Terengganu FC) termasuk pasukan futsal.

Pada November 2017, PBSNT telah menjenamakan semula ke semua skuad bola sepak yang berentap membawa nama negeri ini di mana melibatkan 5 pasukan termasuk pasukan pembangunan bola sepak. Terengganu FC I(TFC I) merupakan pasukan yang berentap di pentas tertinggi dalam arena bola sepak tanah air manakala Terengganu FC II(TFC II) merupakan pasukan yang berentap di pentas Liga Perdana. TFC II merupakan pasukan yang dibarisi oleh sebahagian besar pemain anak jati Terengganu (ketika itu dibarisi pemain T-Team dan Terengganu) yang akan diserapkan dalam pasukan utama.





Rata-rata para penyokong pasukan bola sepak negeri Terengganu memberi maklum balas positif. Kredit - Facebook.com/alakh.hisham
Rata-rata para penyokong pasukan bola sepak negeri Terengganu memberi maklum balas positif. Kredit – Facebook.com/alakh.hisham

Terengganu FC III(TFC III) adalah pasukan yang membawa cabaran di pentas Piala Presiden manakala Terengganu FC IV(TFC IV) di pentas Piala Belia. Terengganu FC V(TFC V) merupakan pasukan bongsu yang dibarisi oleh pemain-pemain bawah 17 tahun dari Sekolah Sukan Negeri Terengganu, Bukit Nenas yang sekian lama telah berentap di pentas Piala Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) B-17.

Menambah seri buat pasukan ini, pihak penaja aL-ikhsaN turut bersetuju membenarkan pihak PBSNT untuk melakarkan rekabentuk jersi mereka sendiri. Rata-rata para peminat memberi pandangan positif tentang perkembangan ini dan menyambut baik peluang yang diberikan oleh pihak penaja kepada pasukan bola sepak negeri Terengganu.

Berikut adalah kenyataan penuh YB Ustaz Hishamuddin di laman Facebook beliau:

Al-Ikhsan Sports terpilih sebagai penaja rasmi baharu bagi jersi seluruh pasukan TFC I-V termasuk pasukan Futsal.

PBSNT menerima agak banyak proposal dari pelbagai syarikat yang memaklumkan ‘tunjuk minat’ untuk menaja pasukan TFC. Secara semangat berpasukan, PBSNT telah menubuhkan Jawatankuasa Penilai untuk meneliti dan memperhalusi semua tawaran ini. Jawatankuasa yang ditubuhkan ini dipengerusikan oleh YM Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Agung PBSNT. Sebelum ini, Kobert telah menaja TFC selama tiga musim berturut-turut. PBSNT merakamkan jutaan terima kasih kepada Kobert yang telah bekerjasama dengan PBSNT. Semoga terus maju jaya dalam perniagaan yang mendatang.

Al-Ikhsan Sport turut bersetuju untuk membenarkan PBSNT sendiri yang mengemukakan lakaran rekabentuk jersi untuk TFC. InsyaAllah, PBSNT akan berusaha sedaya mungkin untuk menampilkan corak baju yang menepati citarasa pasukan Terengganu.

Pasukan baru 2019? InsyaAllah sekitar seminggu lagi kami akan umumkan. InsyaAllah Ketua Jurulatih, Haji Irfan Bakti akan mempertimbangkan sebaik yang mungkin.

Doakan pasukan kita semua terus utuh, makin berdaya saing dan cemerlang sepanjang musim Liga Malaysia 2019.

#webleedblackandwhite
#tfc2019

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin turut memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PBSNT. Kredit - Facebook.com/alakh.hisham
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu; YB Ustaz Hishamuddin turut memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PBSNT. Kredit – Facebook.com/alakh.hisham
SUKMA XXI SARAWAK 2024
17-24 OGOS 2024

KAJI SELIDIK

Pendapat anda tentang PenyuSukan.com?

SUMBANGAN

SUMBANGAN IKHLAS BAGI MENAMPUNG KOS OPERASI MENYAMPAIKAN BERITA SUKAN SEGENAP NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN.

march, 2024

29feballdayKejohanan Kuda Lasak Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2024

01maralldayMONSUN OMBAK CHALLENGE 2024

X